Uee dan Kim Bum ditawarkan peluang bergabung dengan Rain untuk drama perubatan terbaru

Pada bulan Mac yang lalu, penyanyi dan pelakon Rain telah mengesahkan menerima tawaran untuk membintangi drama terbarunya “Ghost Doctor”. Rain akan membawakan watak Doktor Cha Young Min dalam drama tersbut dan ini merupakan drama terbarunya dalam tempoh 2 tahun selepas MBC “Welcome 2 Life”.

Terbaru, pada 23 Jun lepas media melaporkan Uee dan Kim Bum turut ditawarkan peranan dalam “Ghost Doctor”. Tetapi kedua-duanya masih lagi dalam proses mempertimbangkan tawaran yang diberikan. Dimaklumkan, Kim Bum yang ditawarkan watak Go Seung Tak dikhabarkan sedang meneliti secara positif tawaran ini.

Drama ini akan diarahkan oleh PD Boo Sung Chul (“Heirs”, “Our Gap Soon”) dan skripnya ditulis oleh Kim Sun Soo (“Live Up to Your Name”. “Ghost Doctor” adalah drama perubatan fantasi mengenai dua doktor yang tidak mungkin lebih berbeza dari segi latar belakang, kemahiran, atau keperibadian mereka, tetapi akhirnya menggabungkan badan dan roh. Ia juga turut berkisarkan tentang kisah emosional doktor hantu, walaupun setelah kematian mereka, tapi masih tidak dapat meninggalkan hospital atau pesakit mereka.

Kim Bum baru sahaja selesai membintangi drama JTBC “Law School” yang menceritakan tentang mahasiswa dan profesor dari sekolah perundangan yang paling top di Korea Selatan. Siswa dan profesor itu tidak semena-mena terjebak ke dalam kes yang luar biasa. Drama ini boleh ditonton menerusi Netflix.

Manakala Uee, berjaya memikat hati penonton menerusi lakonannya dalam drama hujung minggu KBS “My Only One” dan turut mempamerkan transformasi lakonannya melalui drama MBC “SF8”.

“Ghost Doctor” akan dihasilkan oleh Bon Factory, syarikat di sebalik drama terkenal “You’re Beautiful,” “Master’s Sun,” “She Was Pretty,” “What’s Wrong With Secretary Kim,” “Encounter,” dan banyak lagi . Drama ini juga dijangka akan disiarkan pada pertengahan tahun kedua 2021.

Sumber : (1) | (2) | (3) | (4) |

loading...