Julai ini tampilkan 6 lagi pilihan drama Korea terbaru untuk anda

Annyeong, chinguyaa~~ July is comingggg!. Namun begitu, kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19, jadi sila patuh SOP yang disediakan kawan-kawan! Apapun, tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk korang dalam mengharungi PKP yang mendung ni.

Well, ada 6 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Julaii ini. So, let’s check it out the list.

1.The Devil Judge (tvN)

The Devil Judge” merupakan drama perundangan terbaru yang akan ditayangkan dirangkaian tvN. “The Devil Judge” disutradarai oleh Choi Jung Kyu dan naskahnya ditulis oleh Moon Yoo Seul yang juga menulis untuk drama “Miss Hammurabi” yang juga bertemakan perundangan serta kehakiman.

“The Devil Judge” mengisahkan tentang drama yang bertujuan untuk menyampaikan pesanan tentang keadilan melalui “pertunjukan ruang sidang langsung”, yang boleh diikuti oleh semua orang di ‘alternate-universe’, dystopia versi Korea. Kang Yo Han yang digelar “Hakim Syaitan” muncul menjadi seorang pahlawan dikala rakyat yang berdepan dengan keadaan huru-hara. Apakah kemunculan Kang Yo Han untuk membantu atau dia adalah syaitan yang bertopengkan undang-undang?

Kang Yo Han (lakonan Ji Sung) adalah hakim ketua pengadilan yang mengenakan jubah rasmi untuk memburu penjahat. Dia adalah “hakim syaitan” yang memakai topeng undang-undang dan menghukum orang yang tamak dan gila kuasa melalui pertunjukan di ruang sidang. Dia mencipta aura misteri disebalik wajah tampan dan tampak elegan, namun tiada siapapun tahu apa yang bermain difikirannya. Kang Yo Han akan menghukum penjahat tanpa simpati dengan cara gelapnya sendiri.

Jung Sun Ah pula (lakonan Kim Min Jung) adalah saingan terbesar Kang Yo Han dan merupakan CEO disebuah yayasan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat). Dia menggunakan daya tarikan semula jadi untuk mengawal pemain kuasa dalam bidang politik.

Kim Ga On (lakonan Park Jin Young) adalah hakim bersekutu alternatif di mahkamah perbicaraan yang mengetuai rancangan bilik sidang siaran langsung. Dia adalah seorang yang mengejar keadilan dan kebenaran sambil mempertahankan kemanusiaannya dalam masyarakat dystopian yang penuh dengan ketamakan dan kuasa rasuah. Kim Ga On menghadapi masa kecil yang sukar, namun usaha kerasnya terbayar apabila dapat menjadi seorang hakim. Setelah beransur-ansur membina keberanian dan kekuatan setelah menghadapi banyak kesulitan, Kim Ga On akan menentang ‘hakim syaitan’ Kang Yo Han dengan sentiasa memerhatikan tingkah lakunya yang mencurigakan.

Manakala Yoon Soo Hyun (lakonan Park Gyu Young) adalah seorang detektif polisi di unit penyiasatan wilayah yang sedang merungkai rahsia Kang Yo Han. Dia dan Kim Ga On adalah teman dari kecil dan ibarat seperti adik beradik. Dia mempunyai keperibadian yang baik dan tidak boleh tahan dengan ketidakadilan. Yoo Soo Hyun seorang yang berpegang kepada peraturan yang percaya sesiapa pun yang membalas dendam tanpa mengikut undang-undang yang betul terhadap pesalah adalah satu bentuk jenayah yang lain.

“The Devil Judge” akan mula bersiaran pada 3 Julai depan dirangkaian tvN. Drama ini juga boleh ditonton menerusi tvN Asia, Astro Ch 395, Astro Go dan Unifi TV Ch 211 mulai 4 Julai ini pada setiap Ahad dan Isnin jam 10.30 malam. “The Devil Judge” juga turut disiarkan menerusi platform Viu Malaysia dan iQiyi.

2. You’re My Spring (tvN)

“You’re My Spring” berkisarkan mengenai empat orang dewasa yang tinggal di sebuah pangsapuri yang sama di mana satu pembunuhan akan berlaku. Keempat-empat mereka ini menjalani kehidupan yang berbeza dan mempunyai profession yang berbeza tetapi entah bagaimana mereka terikat dengan kejadian pembunuhan tersebut.

Seo Hyun Jin, membawakan watak pengurus hotel bernama Kang Da Jung,mempunyai rupa yang mirip dengan ayahnya dan memiliki ketabahan hati seperti ibunya. Kang Da Jung tidak perlu melanjutkan pelajaran ke akademi termahal, namun biasiswa yang diterimanya sudah cukup untuk membolehkannya mendapat pekerjaan di hotel mewah, sekaligus menjadi pengurus terpantas sekali dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya. Hidup Seo Hyu Jin cukup sempurna sehingga dia berpindah ke satu unit apartment yang sama dengan Joo Young Do di mana dia terbabit di dalam kejadian pembunuhan mengaitkan dirinya dengan Joo Young Do.

Kim Dong Wook pula memegang watak Joo Young Do, pakar psikiatrik yang cuba memulih hati mereka yang terluka kerana kemurungan atau patah hati. Joo Young Do seorang yang cepat menganalisiskan situasi dengan cukup pantas, namun dirinya juga rapuh seperti Kang Da Jung kerana tidak dapat melupakan sejarah pahit dalam hidupnya di mana dia tidak dapat menyelamatkan abangnya dan salah seorang ibubapanya.

Yoon Park dan Nam Gyu Ri pula masing-masing memegang watak CEO syarikat pelaburan, Chae Joon dan pelakon ternama, Ahn Ga Young. Chae Joon pernah memendam perasaannya terhadap Da Jung, malah perbuatan dilakukannya seolah-olah memahami segala perasaan dan kehendak wanita itu. Ahn Ga Young pula sebaliknya mengalami trauma akibat ditinggalkan oleh teman lelakinya yakni bekas pengurusnya dan sukar untuk bercinta sekali lagi.

tvN “You Are My Spring” ditulis sepenuhnya oleh Lee Mi Na (“tvN Bubblegum”) dan mendapat sentuhan sutradara PD Jung Ji Hyun (“tvN Mr. Sunshine”,”OCN Search: WWW”,”SBS The King: Eternal Monarch”) . Drama ini akan mula bersiaran pada 5 Julai depan, setiap Isnin dan Selasa menerusi rangkaian tvN. “You’re My Sprng” turut boleh ditonton menerusi platform Netflix pada hari yang sama selepas satu jam ditayangkan di Korea.

3. The Witch’s Diner (TVing)

“The Witch’s Diner” adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Goo Sang-Hee. Drama fantasi ini akan merungkai peristiwa malang yang menimpa Jung Jin (Nam Ji-Hyun) yang dahulunya mempunyai pekerjaan yang baik dan seorang teman lelaki yang penyayang. Dia kemudian memutuskan untuk membuka restoran tetapi akhirnya muflis. Dalam keputus-asaannya, Jo Hee-Ra (Song Ji-Hyo) muncul untuk menawarkan kekuatan mistiknya bagi menghidupkan kembali restoran Jung Jin. Restoran itu tidak sahaja menjual makanan bahkan turut memenuhi permintaan pelanggan. Namun, ianya bukan percuma, pelanggan harus menyerahkan jiwa mereka sebagai bayaran.

Song Ji Hyo memegang watak sebagai pemilik restoran dan ahli sihir Hee Ra yang membuat “makanan jiwa” yang misteri, yang dihidangkan tanpa mengira sebarang kos apa pun. Nam Ji Hyun pula sebagai Jin, rakan kongsi restoran dalam membayar harga untuk urusan membuat perjanjian dengan ahli sihir. Chae Jong Hyeop sebagai Gil Yong, seorang pekerja sambilan yang mengagumkan dengan kemahiran pelayan.

Drama ini hanya akan mempunyai 8 episod dan akan ditayangkan dirangkaian kabel TVING.

4. Blue Birthday (Naver TV)

“Blue Birthday” adalah sebuah thriller romantis fantasi di mana Oh Ha Rin (Yeri) meninjau kembali masa lalunya melalui gambar misteri yang ditinggalkan oleh cinta pertamanya Ji Seo Jun (Hongseok PENTAGON), yang meninggal pada hari ulang tahunnya 10 tahun yang lalu. Dia telah merancang untuk buat pengakuan terhadap Ji Seo Jun pada hari ulang tahunnya, tetapi akhirnya dia mengambil nyawanya sendiri. Perkara itu membuatkan Oh Ha Rin berasa sangat terkejut , yang sangat terkejut dan ngeri.

“Blue Birthday” adalah sebuah thriller romantis fantasi berkisarkan Oh Ha Rin (Yeri) yang telah kehilangan cinta pertamanya Ji Seo Jun (Hongseok PENTAGON) dengan cara yang cukup tragis.

Saat Ha Rin akan menyatakan perasaan kepada Seo Jun (Hongseok) di hari ulang tahunnya, ia sangat terkejut dan trauma melihat  lelaki tersebut bunuh diri tepat dihari ulang tahunnya. Setelah 10 tahun Seo Jun meninggalkannya, Ha Rin menemui gambar misteri yang ditinggalkan oleh cinta pertamanya itu, hingga membuatnya boleh berada di antara dunia masa kini dan masa lalu.

Ha Rin adalah seorang gadis cantik yang ceria. Namun, semua berubah ketika ia ditinggalkan oleh cinta pertamanya. Disebabkan hidupnya akan berubah secara drastik, drama ini akan menggambarkan proses emosi yang dialaminya, termasuk kegembiraan yang dia rasakan pada usia 18 tahun dan kesakitan yang ditanggungnya pada usia 28 tahun.

Hongseok yang dilakonkan Ji Seo Jun, adalah cinta pertama Ha Rin. Walaupun dia terlihat dia seorang yang ceria, namun tiada siapa pun tahu hidupnya ditemani kesuraman dan kegelapan.  Orang yang memberinya harapan adalah Ha Rin, dan perasaan terhadapnya semakin berkembang. Seo Jun ingin membuat pengakuan perasaan terhadap Ha Rin namun tidak semena-mena dia menemui ajal di studio gambar.

“Blue Birthday” disutradarai oleh Park DanHee dan penulis web drama ini adalah Moon WonYoung, serta Koo SoYeon. Drama dengan 12 episode ini akan ditayangkan menerusi Naver TV pada 23 Julai depan dan 6 Ogos menerusi You Tube.

5. Kingdom: Ashin of the North (Netflix)

Sambungan daripada “Kingdom” Musim 2, “Kingdom: Ashin of the North” adalah episod khas yang didedikasikan untuk watak Jun Ji Hyun sebagai Ashin, yang ditemui oleh Lee Chang (Joo Ji Hoon) semasa dalam perjalanan mereka ke utara pada akhir musim lepas.

Episode istimewa ini bukan sahaja akan merungkai latar belakang Ashin yang misteri, tetapi juga akan menceritakan kisah asal tumbuhan kebangkitan, yang ditemui oleh Ashin muda (dimainkan oleh Kim Si Ah). Tumbuhan tersebut yang menyebabkan wabak zombie melanda Joseon.

Menurut penulis skrip, Kim Eun Hee, “Seperti yang anda duga dari pakaiannya, Ashin adalah pewaris kampung suku Yeojin Utara yang tinggal di dekat Sungai Yalu. Alangkah baiknya jika anda menganggapnya sebagai orang yang paling dekat dengan rahsia saengsacho. “

Drama siri “Kingdom” ini akan membawa penonton menyelongkar misteri di sebalik penularan wabak penyakit sehingga mencetuskan kelahiran mayat hidup (“zombies”) dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dari kumpulan diketuai oleh kerabat diraja.

“Kingdom: Ashin of the North” yang dipimpin oleh sutradara Kim Sung Hoon, yang bertanggung jawab atas produksi musim pertama dan kedua “Kingdom” akan disiarkan menerusi platform Netflix mulai 23 Julai depan.

6. Police University  (KBS)

Police University”  merupakan drama dengan komedi romantis yang mengisahkan tentang seorang detektif yang berpengalaman dan bekas penggodam yang menggunakan kecerdasannya untuk menyelesaikan masalah. Keduanya bertemu di Universiti polis sebagai profesor dan mahasiswa, dan mereka akan bekerjasama serta menggabungkan kemahiran masing-masing untuk menyelesaikan kes jenayah

Yoo Dong Man (lakonan Cha Tae Hyun) adalah profesor di Akademi Polis yang memiliki 20 tahun pengalaman bekerja di beberapa unit polis sebagai detektif jenayah kekerasan dan sebagai anggota kumpulan siasatan dunia maya. Kang Sun Ho (lakonan Jung Jin Young), seorang penggodam komputer yang akhirnya menjadi mahasiswa tahun pertama di Akademi Polis. Oh Kang Hee (lakonan Krystal) pula adalah mahasiswi tahun pertama di Akademi Polis yang sangat telus, cerdas serta bijak dalam membuat keputusan.

Police University” akan ditayangkan di KBS 2TV pada 26 Julai depan bagi mengisi slot siaran drama setiap Isnin dan Selasa. Drama ini disutradarai oleh Yoo Kwan Mo, yang juga menggarap minidrama A Jaunt dan Crevasse, serta ditulis naskahnya oleh Moon Min Jung.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, Jangan keluar rumah kalau tiada keperluan and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness) #KitaJagaKita

loading...