Na In Woo dicadangkan ganti tempat Ji Soo di dalam drama KBS River Where the Moon Rises

May be an image of 2 people

Berikutan keputusan KBS untuk menggugurkan Ji Soo daripada drama KBS River Where the Moon Rises, maka pelakon sedang dicari bagi menggantikan tempatnya.

Antaranya, Na In Woo, pelakon yang dikenali kerana watak sageuk lakonannya yang tragik di dalam tvN Mr. Queen.

“Ya, Na In Woo memang terima tawaran membintangi KBS River Where the Moon Rises membawakan watak On Dal. Dia sedang meneliti tawaran itu,” kata jurucakap agensinya, Cube Entertainment.

KBS sedang cuba menangguhkan tayangan drama untuk 8 dan 9 Mac ini bagi memberikan laluan kepada proses suntingan dan penggambaran semula. Sebelum ini, dilaporkan KBS sudah pun menjalani penggambaran sebanyak 18 episod daripada 20 episod yang dijadualkan. Bagaimanapun, selepas pengguguran Ji Soo, maka apa-apa adegan melibatkan dirinya bakal disunting dan digantikan dengan pelakon lain, seterusnya menyebabkan drama ini perlu menjanani penggambaran semula.

Pada pagi 4 Mac 2021 semalam, Ji Soo membuat permohonan maaf terhadap mereka yang terluka akibat perbuatan bulinya pada masa lalu, di dalam satu kenyataan di laman sosialnya.

Sumber: news1

loading...