Sebak tengok Ki Bum (Key) & Minho SHINEE masih sukar untuk melepaskan Jonghyun pergi walau 3 tahun sudah berlalu

May be an image of 5 people

SHINEE meraih kemenangan pertama untuk lagu ‘Don’t Call Me’ di dalam M Countdown pada 4 Mac 2021 hari ini.

Di dalam ucapan mereka sebaik menerima trofi berkenaan, Kim Ki Bum atau dikenali sebagai Key berkata, “Aku sangat menghargai Shawols kerana menyayangi kami lebih daripada orang lain. Terima kasih pada Lee Soo Man bagi peluang pada kami untuk membikin album ini.”

“Tapi… ada beberapa perkara aku nak luahkan sejak sekian lama,” sebut Key sebelum membuatkan penonton terpinga-pinga.

“Ada orang yang aku nak jumpa sangat kebelakangan ini kerana rindu sangat kat dia. Kehilangannya sangat besar. Aku nak bagitahu yang aku sangat sayangkan dia,” luah Key menunjukan ucapan tersebut khas buat mendiang Jonghyun yang meninggal dunia lebih tiga tahun lalu.

Taemin kemudiannya menyambung, “Terima kasih Shawols. Terima kasih kerana menghadiahkan kami anugerah ini.”

Ini bukan kali pertama di dalam masa sehari, ahli SHINEE dilihat terjejas dengan kehilangan Jonghyun. Semalam, Choi Minho terkedu sekejap sebelum menjawab dengan baik pertanyaan seorang budak tentang ‘kehilangan’ ahli kelima mereka di dalam segmen ODG Kids Review K-Pop Star’s Career.

“Ya orang itu memang tak de dah,” jawab Minho dengan sedih apabila ditanya kenapa ada seorang yang hilang. Budak itu kemudiannya menyoal baik, “Siapa? Kenapa? Dia keluar ke?”

“Dia ialah pakcik Jonghyun…um…dia tak sihat…jadi,” jawab Minho cuba meyakinkan budak itu. “Oh, jadi dia bukan pakcik yang jahat kan?,” tanyanya lagi.

“Ya, dia bukan pakcik jahat, tapi pakcik yang baik,” jelas Minho lagi.

Baca lagi: SHINee tumbangkan Wonho, ONF, Wei & NCT Dream, raih album terlaris di Korea minggu ini

Album ‘Dont Call Me’ yang mencipta sejarah tersendiri dengan perolehan no.1 di dalam carta mingguan Gaon, membuktikan SHINEE tetap berpengaruh dan kuat di akar umbi peminatnya.

Sumber: huffington

loading...