Pengakhiran yang tragik buat sepupu “Mr. Queen”, Na In Woo hanya tersenyum beri isyarat “V” di media sosial

May be an image of 2 people and text

Episod ke-19 tvN Mr.Queen ditayangkan hari ini menyaksikan Kim Byung In (lakonan Na In Woo) terkulai layu selepas cuba menyelamatkan sepupunya, Queen Chorin daripada dibunuh oleh askar diraja.

Ramai netizen tampaknya bersimpati dengan Kim Byung In yang tidak dapat menagih cintanya sehingga ke akhir hayatnya apabila Queen Chorin tetap memilih suaminya, King Cheoljong untuk hidup dan mati bersama. Na In Woo sempat mengemaskinikan laman instagramnya sebentar tadi, memaklumkan kekecewaannya berikutan drama tvN Mr.Queen akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.

“Aku tak percaya drama ini sudah sampai ke minggu yang penghujungnya. Hari ini dan esok saja. Aku harap dapat lakukan penggambaran di ruangan tersedia di sini ♡ + gambar disediakan sebagai hadiah!,” nukilnya di laman instagram sambil memuatnaik foto dirinya yang tersenyum dan memberikan isyarat “V”.

Susulan dengan itu, netizen rata-ratanya membalas komentar di bawahnya berserta dengan simbol ‘♡’ bagi menyuarakan simpati mereka terhadap Kim Byung In.

Drama tvN Mr. Queen boleh ditonton di Malaysia menerusi Astro 395 tvNHD atau ViU setiap hari Ahad dan Isnin, jam 9.50 malam.

Sumber: instagram, news1

loading...