[Gempar] Ji Soo disingkirkan daripada drama KBS River Where The Moon Rises berkuatkuasa serta-merta

May be a closeup of 1 person, standing and indoor

Ji Soo bakal digugurkan daripada drama KBS River Where The Moon Rises berkuatkuasa serta-merta.

Menurut jurucakap rasmi pihak produksi drama berkenaan, hasil perbincangan panjang lebar siang tadi memutuskan untuk menyingkirkan pelakon itu daripada drama tersebut meskipun penggambaran drama sudah pun berlangsung sehingga 18 episod.

“Kami tengah cari pelakon lain untuk menggantikan tempat Ji Soo. Makluman tentang berapa banyak lagi adegan yang akan menampilkan Ji Soo nanti belum dapat diputuskan lagi setakat ini,” kata jurucakap pihak produksi KBS seperti dipetik daripada news 1.

Pada pagi 4 Mac 2021 hari ini, Ji Soo membuat permohonan maaf terhadap mereka yang terluka akibat perbuatan bulinya pada masa lalu, di dalam satu kenyataan di laman sosialnya.

Sumber: news 1

loading...