Resonance NCT, lagu Kpop paling digemari oleh rakyat Malaysia sepanjang Disember 2020

Image may contain: 7 people, people standing

Resonance oleh NCT, diangkat sebagai lagu Kpop paling digemari rakyat Malaysia sepanjang bulan Disember 2020 lalu.

Menurut kaji selidik yang dibuat menerusi Kmania TOP Stars Dis 2020, Resonance oleh NCT berjaya memperolehi undian sebanyak 22.4% mengatasi penyandang lagu kpop popular pada bulan Nov 2020, iaitu Life Goes On oleh BTS (22.1%) selain Dynamite oleh BTS (21.8%) juga yang masing-masing sekadar selesa di tempat kedua dan ketiga. Menyusuli senarai lima lagu kpop yang paling digemari sepanjang bulan lalu ialah Lovesick Girls oleh Blackpink (19.3%) dan Cry For Me oleh TWICE (6.9%). Untuk makluman lanjut, ketiga-tiga lagu Life Goes On, Dynamite dan Lovesick Girls ini juga pernah disenaraikan antara lagu Kpop paling menyengat di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Resonance ialah lagu medley gabungan empat lagu NCT terdahulu iaitu “Make a Wish (Birthday Song),” “90’s Love,” “Work It,” dan “Raise the Roof”, dikeluarkan sebagai single keempat daripada album Resonance Pt. 2. Usaha giat SM Entertainment dituaikan ke atas NCT tampaknya membuahkan hasil apabila populariti kumpulan itu juga hanya di belakang BTS saja bagimembolehkannya menyandang gelaran “Kpop Group Top Stars” pada bulan Disember 2020.

NCT baru-baru ini diangkat oleh Forbes sebagai kumpulan kpop teramai anggota yang paling gemilang pada tahun 2020 dengan pencapaian dua album studio penuh mereka yang bersilih ganti iaitu, ‘Resonance Pt.1’ dan ‘Resonance Pt.2’ sehingga meraih jualan lebih jutaan unit bagi setiap satu daripadanya.

Sumber: Kmania

loading...