Beri bayangan suami curang, Hwang Jung Eum bakal bercerai buat kali kedua

Baru-baru ini, pelakon Hwang Jung Eum menggemparkan industri hiburan dengan berita perceraiannya dengan suaminya.

Media melaporkan pada 22 Februari, Hwang Jung Eum sedang dalam proses memfailkan penceraian terhadap suaminya, seorang pemain golf profesional dan ahli perniagaan Lee Young Don.

Pada hari yang sama, agensi Hwang Jung Eum; Y1 Entertainment mengesahkan laporam berita tersebut.

Hwang sememangnya telah memfailkan cerai kerana dia merasakan dia tidak lagi mampu untuk mengekalkan perkahwinannya [dengan Lee].

Kami dengan ikhlas meminta anda untuk mengelak daripada membuat sebarang khabar angin spekulatif dan laporan provokatif yang boleh merosakkan reputasi aktres (Hwang Jung Eum) dan anak-anaknya.

– Agensi Y1

Walaupun agensi itu berkata mereka tidak dapat mendedahkan puncanya, The Fact memetik seorang kenalan rapat Hwang sebagai mendakwa bahawa pelakon itu berkata “Lee bertanggungjawab dalam menghancurkan hubungan mereka.

Hwang dan Lee berkahwin pada 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2017. Empat tahun kemudian,  pasangan inj menjadi tajuk utama media apabila hubungan mereka mulai retak. Namun, semasa melalui penyelesaian perceraian pada Julai 2021, Hwang memberitahu umum bahawa dia telah menyelesaikan segala permasalahan dengan suaminya dan ambil keputusan untuk kembali bersama. Kira-kira lapan bulan kemudian, pasangan itu dikurniakan anak kedua mereka pada 2022.

Akhirnya, pada tahun 2024, Hwang Jung Eum memutuskan untuk berpisah sekali lagi dengan suaminya dan memfailkan penceraian selepas 8 tahun berkahwin.

Pada Rabu lepas, Hwang Jung Eum menyiarkan di media sosialnya beberapa gambar Lee dengan komen sarkastik yang membayangkan hubungan mereka  bermasalah sekali lagi.

Suami yang baik dan bertimbang rasa.  Ini suami saya Lee Young Don, yang menjalani kehidupan yang sibuk dan menghiburkan sejak berkahwin dengan saya. Kehidupan mesti sangat sukar untuk awak. Kini awak bebas untuk pergi ke mana saja dan menikmatinya.

– Hwang Jung Eum

Hantaran Hwang Jung Eum itu mendapat perhatian netizen. Ada di antara foto Lee yang dimuatnaik  kelihatan seperti diambil dari skrin telefon bimbit lain. Disebabkan itu, ramai netizen membuat spekulasi bahawa Hwang Jung Eum secara sinis memuat naik foto Lee Young Don di Instagramnya seperti poster  “WANTED”.

Terdapat banyak spekulasi lain yang tersebar, dengan beberapa orang mengulas bahawa foto itu adalah foto yang ditemui Hwang Jung Eum di telefon bimbit Lee Young Don yang diambil oleh wanita lain, termasuk gambar dia sedang memegang bayi yang dia miliki bersama wanita lain tanpa pengetahuannya.

Ketika ditanya mengenai hantaran Instagram tersebut, agensi Hwang Jung Eum, Y1 Entertainment mengesahkan gambar tersebut disiarkan oleh aktres itu sendiri, dan bukan  disebabkan digodam.

Hwang Jung Eum memulakan kerjaya sebagai ahli girl group Sugar pada tahun 2002. Sejak kumpulan itu berpecah, Hwang komited untuk berlakon dan telah muncul dalam berbagai rancangan dan drama.

Baru-baru ini Hwang Jung Eum telah membintangi drama “The Escape of the Seven” dan kini sedang bersiap untuk musim kedua “The Escape of the Seven: Resurrection.”

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...