Pelakon veteran Cheon Ho Jin dan Nam Goong Min rangkul Daesang masing-masing di KBS & SBS Drama Awards 2020. Jom semak senarai penuh pemenang!

Image may contain: one or more people and people standing, text that says "연기대상 2020 SBS 020KBS DRAN AWARD AWA"

Seperti kebiasaan tanggal 31 Disember setiap tahun, dua majlis anugerah paling berprestij ini akan berlangsung  secara serentak. KBS Drama Awards 2020 telah dihoskan oleh Lee Sang Yeob, Jo Bo Ah Do Kyung Hwan.  Manakala SBS Drama Awards 2019 pula dihoskan oleh Kim Yoo Jung dan Shin Dong Yup. Tahun ini adalah ulangtahun ke 30 tahun penubuhan SBS. Memandangkan dunia dilanda pandemik Covid-19, kesemua acara yang melibatkan keramaian perlulah mematuhi protokol yang disediakan. Majoriti pelakon dan selebriti mengenakan pelitup muka dan ada yang memakai sarung tangan ketika di red carpet.

Tidak disangka pelakon veteran Cheon Ho Jin sekali lagi merangkul anugerah Daesang KBS Drama Awards 2020 buat kali kedua di anugerah yang sama menerusi drama “Once Again“. Terdahulu pelakon itu telah memenangi Daesang pada 2017 menerusi “My Golden Life”. Nampaknya, bakat lakonan yang dimiliki Cheon Ho Jin tidak dapat disangkal. Bahkan, drama “Once Again” yang bertemakan kekeluargaan dan begitu dekat dengan kehidupan seharian kita, boleh dikatakan menang besar pada anugerah kali ini termasuk Best Writer. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Bagi SBS Drama Awards pula, pelakon Nam Goong Min akhirnya berjaya merangkul Daesang menerusi drama lakonannya “Stove League”. Rasanya ini memori terindah buat Nam Goong Min apabila ini merupakan pertama kali dia diberikan anugerah Daesang sepanjang tempoh kariernya. Antara calon-calon Daesang yang tumpas kepada aktor ini adalah Ju Ji Hoon (Hyena), Kim Hye Soo (Hyena), Kim So Yeon (Penthouse), Han Suk Kyu (Dr. Romantic 2), Joo Won (Alice) dan Kim Hee Seon (Alice). Tahniah buat Nam Goong Min yang seringkali mempamerkan lakonan yang hebat. Joo Won pula menerima Producer Award menerusi lakonannya dalam “Alice“. Apa yang menariknya, beberapa pelakon drama yang penuh emosi dan suspense “Penthouse” yang kini masih lagi bersiaran turut memenangi beberapa kategori. ‘Penthouse” juga bakal disambung lagi untuk dua musim. Mungkinkah mereka akan mendominasi kemenangan pada tahun 2021 kelak? Sama-sama kita nantikan.

KBS Drama Awards 2020

Daesang (Grand Prize): Cheon Ho Jin (Once Again)
Top Excellence Award (Male): Jung Bo Suk (Homemade Love Story) & Park In Hwan (Brilliant Heritage)
Top Excellence Award (Female): Lee Min Jung (Once Again)
Excellence Award for Miniseries (Female): Nana (Memorials) & Cho Yeo Jeong (Cheat On Me If You Can)
Excellence Award for Miniseries (Male): Park Sung Hoon (Memorials) & Lee Jae Wook (Do Do Sol Sol La La Sol)
Excellence Award for Mid-Length Drama (Female): Lee Jung Eun (Once Again) & Jin Ki Joo (Man in a Veil)
Excellence Award for Mid-Length Drama (Male): Lee Sang Yeob (Once Again) & Lee Jang Woo (Homemade Love Story)
Excellence in Daily Drama (Female): Park Ha Na (Fatal Promise) & Lee Chae Young (Man in a Veil)
Excellence in Daily Drama (Male): Kang Eun Tak (Man in a Veil) & Kim Yu Seok (No Matter What)
Best Writer: Yang Her Seung (Once Again)
Best Supporting Actress:
Ye Ji Won (Do Do Sol Sol La La Sol)
Kim Sun Young (Homemade Love Story)
Oh Yoon Ah (Once Again)
Best Supporting Actor : Ahn Gil Kang (Memorials) & Oh Dae Hwan (Once again)
Best Actress in One-Act/Special/Short Drama: Lee Yoo Young & Son Sook
Best Actor in One-Act/Special/Short Drama: Lee Sin Young & Lee Han Wi
Best Couple Award: 
Jin Ki Joo & Lee Sang Woo & Jong Bo Suk (Homemade Love Story)
Nana & Park Sung Hoon (Memorials) 
Cho Yeo Jeong & Go Joon (Cheat On Me If You Can)
Park Hae Jin & Jo Bo Ah (Forest)
Lee Min Jung & Lee Sang Yeob (Once Again)
Lee Jung Eun & Cheon Ho Jin (Once Again)
Lee Cho Hee & Lee Sang Yi (Once Again)
Netizen Award: Lee Sang Yeob (Once Again), Kim Young Dae, Jo Bo Ah (Forest)
Best New Actor: Seo Ji Hoon (Men are Men) & Lee Sang Yi (Once Again)
Best New Actress: Bona (Homemade Love Story) , Shin Ye Eun (Welcome) & Lee Cho Hee (Once Again)
Best Young Actor :
Moon Woo Jin (Once Again)
Best Young Actress :
Lee Ga Yeon (Once Again)

SBS Drama Awards 2020

Daesang (Grand Prize): Nam Goong Min (Stove League)
Producer Award: Joo Won (Alice)
Top Excellence Award Actor in Mid-Length Drama : Uhm Ki Joon (Penthouse)
Top Excellence Award Actress in Mid-Length Drama :
Lee Ji Ah, Kim So Yeon & Eugene (Penthouse )
Top Excellence Award Actor in Miniseries Drama (Action) : Ju Ji Hoon (Hyena)
Top Excellence Award Actress in Miniseries Drama (Action) : Kim Seo Hyung (Nobody Knows)
Top Excellence Award Actor in Miniseries (Fantasy-Romance): Lee Min Ho (The King : Eternal Monarch)
Top Excellence Award Actress in Miniseries (Fantasy-Romance) : Park Eun Bin (Do You Like Brahms)
Excellence Award Actor in Mid-Length Drama : Ahn Hyo Seop ( Dr. Romantic 2)
Excellence Award Actress in Mid-Length Drama :
Kim Yoo Jung (Backstreet Rookie)
Shin Eun Kyung (Penthouse)
Excellence Award Actor in Miniseries :
Kim Min Jae (Do You Like Brahms?)
Bong Tae Gyu (Penthouse)
Yoon Jong Hoon (Penthouse)
Excellence Award Actress in Miniseries : Lee Sung Kyung (Dr. Romantic 2)
Best Character Actor Award : Oh Jung Se (Stove League)
Best Character Actress : Choi Gang Hee (Good Casting)
Best Couple: Kim Min Jae & Park Eun Bin (Do You Like Brahms? )
Best Supporting Team: Stove League
Best Supporting Actor: Park Eun Seok (Penthouse) & Kim Joo Hun (Dr. Romantic 2)
Best Supporting Actress: Jin Kyung (Dr. Romantic 2)
Best New Actor: Jo Byeong Gyu (Stove League)
Best New Actress: So Ju Yeon (Dr Romantic 2)
Best Young Actor : Ahn Ji Ho (Nobody Knows)
Best Young Actress : Kim Hyun Soo (Penthouse)

Tahniah kepada semua pemenang!

loading...