[Gempar] Gugudan terbubar akhirnya selepas 4 tahun menabur bakti

Image may contain: 8 people, people dancing and people standing

Kumpulan kpop Gugudan terbubar secara rasmi pada hari ini, 30 Disember 2020.

Pengumuman itu dibuat oleh Jellyfish Entertainment dalam satu kenyataan mengejutkan sebentar tadi. “Kesemua ahli Gugudan telah bekerja kuat dan menerima kasih sayang daripada peminat sejak debut lagi. Setelah berbincang dan berunding sesama ahli, kami memutuskan untuk menamatkan segala aktiviti Gugudan berkuatkuasa hari ini,” kata jurucakap agensi itu.

“Kami akan cuba sedaya upaya menyokong aktiviti persendirian seperti lakonan dan nyanyian. Dan akhir sekali, sentiasa sayangi mereka dan menyokong mereka yang akan memulakan hidup baru nanti,” tambahnya lagi.

Gugudan memulakan kerjaya nyanyian mereka pada 28 Jun 2016 dan album terakhir keluaran mereka adalah Act. 5 New Action dengan lagu Not That Type dijadikan single utama pada tahun 2018. Salah seorang ahlinya, Kim Se Jong yang merupakan bekas ahli I.O.I kini sedang membintangi drama OCN Uncanny Counter bersama dengan Jo Byung Gyu.

Sumber: edaily

loading...