‘Oh Yoon Hee’ Eugene memang tidak pernah sama sekali ‘potong’, jadi jantinanya tetap wanita- pihak produksi SBS Penthouse

Image may contain: 4 people

Drama SBS Penthouse mencetuskan kontroversi pada hari ini apabila terpampangnya satu adegan yang mempersoalkan status jantina sebenar ‘Oh Yoon Hee’ lakonan Eugene Kim.

Dalam satu adegan tersebut, bukti DNA yang menunjukkan Oh Yoon Hee memiliki kromosom XY telah mendatangkan spekulasi samada Oh Yoon Hee benar-benar seorang transgender yang telah pun menjalani pembedahan pertukaran jantina suatu masa dahulu. Namun, adegan itu pula telah mencetuskan tanda tanda kerana Oh Yoon Hee juga memiliki anak kandungnya sendiri iaitu Bae Rona lakonan Kim Hyun Soo.

Bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, pihak produksi SBS Penthouse mengesahkan bahawa adegan itu memang tak pernah berlaku dan bakal disunting di dalam video (VOD) kelak, seperti dipetik oleh akhbar Donga. Oleh itu, penampakan kromosom XY di dalam bukti DNA itu adalah tidak disengajakan, sekaligus mengesahkan jantina ‘Oh Yoon Hee’ tetap tulen sebagai perempuan sejak azali lagi.

SBS Penthouse boleh ditonton di ONE TV Asia cenel Astro 393 setiap Rabu dan Khamis jam 8.10 malam.

Sumber: donga

loading...