Hanya 6 Artis Kpop ini saja bergelar ‘Jutawan’ untuk jualan satu album setakat ini, menurut Gaon

Gaon telah mengemaskini data terkininya tentang jumlah jualan album yang diperolehi oleh artis Korea masing-masing untuk bulan Oktober 2020.

NCT mendahului senarai bulan Oktober 2020 itu dengan perolehan sebanyak 1,193,394 unit menerusi album studio kedua mereka, ‘NCT RESONANCE Pt. 1’, disusuli kemudian oleh Blackpink dengan perolehan sebanyak 1,073,671 unit menerusi ‘Blackpink The Album’ dan SEVENTEEN dengan perolehan sebanyak 1,061,887 unit menerusi Semicolon. Ia juga kali pertama dalam sejarah tercatat tiga artis Korea berjaya mencapai rekod 1 juta unit untuk satu album hanya dalam tempoh sebulan saja. Lebih manis lagi, Blackpink satu-satunya kumpulan kpop perempuan diiktiraf gelaran jutawan album tersohor itu dengan satu album saja, ‘Blackpink The Album’ .

NCT dan Blackpink menyertai empat lagi artis Korea lain iaitu Baekhyun, SEVENTEEN, BTS dan EXO, menjulang pengiktirafan jutawan album tersohor itu setakat ini dengan perolehan melebihi 1 juta unit untuk satu album. Ia menjadikan enam artis ini kalangan mereka yang memperolehi jualan satu album yang terlaris sepanjang dua dekad di Korea sejak Gaon memperkenalkannya beberapa tahun lalu.

Menyorot pencapaian artis itu masing-masing, BTS dan SEVENTEEN pula antara yang memperolehi pengiktrafan tersebut lebih daripada sekali dengan BTS sebanyak 4 kali manakala SEVENTEEN pula sebanyak 2 kali. BTS melakukannya melalui album “Map of the Soul 7” , “Map of the Soul: Persona” ,”Love Yourself :Answer” dan “Love Yourself :Tear” manakala SEVENTEEN pula melakukannya dengan “Heng:gare” dan “Semicolon”.

Pengiktirafan jutawan album tersohor ini adalah tertinggi pernah diberikan kepada mana-mana jualan album yang terlaris di Korea, diikuti dengan Platinum, Diamond, Gold dan sebagainya.

Berikut adalah senarai pengikrafan jutawan album yang diterima mana-mana artis Korea bermula dengan BTS dan diakhiri oleh NCT.

Artis Bilangan Pengiktirafan “Jutawan” Tempoh kali pertama menerima pengiktirafan “Jutawan” Album pertama terima pengiktirafan “Jutawan”
BTS 4x October 11, 2018 Love Yourself :Answer
EXO 1x January 11, 2019 Don’t Mess Up My Tempo
Baekhyun 1x July 9, 2020 Delight
SEVENTEEN 2x August 6, 2020 Heng:gare
Blackpink 1x November 12, 2020 The Album
NCT 1x November 12, 2020 RESONANCE Pt. 1

Sumber: Gaon

loading...