Baru saja putus cinta, Kang Daniel & Jihyo TWICE sudah pun ‘move on’?

Susulan selepas pengumuman mengejutkan mengenai perpisahan Kang Daniel dan Jihyo TWICE kelmarin, kedua-duanya mengambil tindakan mengemaskini status mereka di laman instagram rasmi masing-masing.

Kang Daniel tidak mengungkapkan kata-kata sebaliknya hanya meletakkan simbol mata (‘👀’) sebagai kapsyen kepada gambar dirinya yang sedang mendepakan tangannya tanpa senyuman terukir di wajahnya di depan dinding yang bertatahkan grafiti. Selang sehari kemudian, Jihyo pula memberitahu dia gembira dapat berjumpa dengan peminat semalam. “Saya buat mekap ini sendiri. Hehehe,” nukilnya dengan nada gembira.

Baca lagi: [Gempar] Jihyo TWICE & Kang Daniel sudah putus cinta!

Status terkini kedua-duanya itu diamati rapat oleh netizen sehingga mengundang sifat ingin tahu. Rata-rata netizen berpendapat mereka mungkin telah bangkit daripada kekecewaan yang dialami (‘move on’) dan sudah boleh menumpukan segala perhatian terhadap kerjaya nyanyian masing-masing.

TWICE kini sedang menggiatkan usaha mempromosikan single terbaru, ‘Better’ di Jepun pula sesudah dua minggu melancarkan album ‘Eyes Wide Open’.

Sumber: sport khan, spottvnews

loading...