Seorang selebriti Korea yakni merangkap sebagai tukang lawak, Park Ji Sun (36 tahun) telah meninggal dunia.
Mayat Park Ji Sun ditemui bersama dengan ibunya di rumah mereka yang bertempat di Mapo-Gu, Seoul tengah hari ini, 2 November 2020 dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan mendiang membunuh diri bersama-sama ibunya. Walaubagaimanapun, polis sedang menyiasat kebenaran sebalik kematian mereka.
Selain menjadi tukang lawak, Park Ji Sun juga pernah membintangi drama MBC High Kick 3.
Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.
Sumber: ndnews