Ahn Young Mi menangis dalam konti apabila terbaca berita kematian pelawak Park Ji Sun

Ramai selebriti Korea tumpang berduka dengan berita kematian pelawak terkenal, Park Ji Sun sebentar tadi.

Sewaktu siaran langsung bersama corong radio MBC FM4U, Ahn Young Mi yang ketika itu sedang menyiarkan lagu untuk pendengar radio, membaca keratan artikel di dalam telefon bimbitnya sebelum dilihat terkejut sambil bertanyakan, “Apa ini?” kepada ahli muzik berhampiran, Song Jin Woo. Akhirnya, beliau tidak dapat menahan sebak dan menangis di dalam konti sambil cuba menutup mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Ahn Young Mi terus beredar meninggalkan konti radio dengan matanya yang merah padam.

Menurut sumber terdekat daripada krew produksi, sebaik saja Ahn Young Mi mengetahui berita tersebut, beliau terus beredar pergi daripada konti itu lalu meninggalkan DJ bertugas dan Song Jin Woo mengakhiri segmen tersebut.

Park Ji Sun (36 tahun) hari ini ditemui meninggal dunia bersama dengan ibunya di rumah mereka yang bertempat di Mapo-Gu, Seoul tengah hari ini, 2 November 2020 selepas aduan dibuat oleh bapanya memandangkan mereka tidak mengangkat telefon. Polis sedang menyiasat kemungkinan samada kematian mereka diklasifikasikan sebagai pembunuhan atau bunuh diri.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

loading...