Seruan daripada penulis tvN Signal & Jirisan, Kim Tae Ri & Gong Yoo akan disatukan di dalam drama baru ‘The Devil’

May be an image of 2 people

Kim Tae Ri dan Gong Yoo bakal disatukan buat pertama kali di dalam terbaru nukilan penulis skrip drama tersohor, Kim Eun Hee untuk ‘The Devils’ yang bakal ditayangkan mulai tahun hadapan.

Drama yang belum didedahkan lagi skripnya ini bakal disiarkan di SBS sebagai projek terbaru Kim Eun Hee. Beliau yang pernah memenangi Best Screenplay di dalam CARI Kdrama Awards atas penulisan mantap untuk drama tvN Signal sebelum ini, kali terakhir menghasilkan nukilan buat cenel tersebut menerusi “Three Days” pada tahun 2014. Dua buah drama bersiri nukilannya bersama tvN dan Neflix, iaitu Kingdom dan Jirisan turut menerima kritikan positif daripada penggemar kdrama.

Menurut jurucakap agensi kedua-duanya, kedua-duanya mengaku menerima tawaran lakonan berkenaan dan sedang menelitinya secara positif. “Ia salah satu projek ditawarkan buat Gong Yoo, kami sedang berunding,” kata jurucakap agensi Gong Yoo, Soop Ent.

Menariknya, kedua-dua pelakon ini juga pernah membintangi drama nukilan penulis skrip popular, Kim Eun Sook masing-masing menerusi tvN Goblin dan tvN Mr Sunshine walaupun tidak disatukan di dalam produksi sama. Ura-ura mengatakan Kim Tae Ri sepatutnya dipadankan buat Gong Yoo selepas kejayaan tvN Goblin bersama Kim Go Eun dahulu.

Sumber: mkstar, sport donga

loading...