Ada sesuatu yang menarik apabila sebuah acara penjagaan kulit tidak hanya memberi fokus kepada produk, tetapi turut menggabungkan hiburan dan aktiviti interaktif untuk pengunjung.
Itulah yang dibawakan menerusi MizuMi First Glow with Phuwin, yang berlangsung di Sunway Pyramid pada 6 September 2026. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung, daripada sesi analisis kulit berasaskan AI hinggalah persembahan khas oleh bintang Thailand, Phuwin Tangsakyuen.
Kemunculan Phuwin Jadi Tumpuan

Suasana di lokasi acara sudah terasa meriah dengan kehadiran peminat yang tidak sabar untuk melihat Phuwin secara dekat. Bagi peminat Phuwin di Malaysia, atau lebih dikenali sebagai T-Lovers, nama bintang Thailand itu sememangnya tidak asing lagi. Malah, ada antara mereka yang sudah berkumpul di lokasi seawal pagi bagi memastikan mereka tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan menyaksikan kemunculan Phuwin secara langsung.
Sorakan dan tanda sokongan daripada peminat turut menceriakan suasana, menjadikan kemunculan Phuwin antara detik yang paling dinantikan pada petang tersebut.

Phuwin kemudiannya menghiburkan peminat menerusi sebuah persembahan khas dengan menyampaikan lagu “Black Card” dan “All In”. Persembahan tersebut menjadi antara momen paling istimewa buat peminat Phuwin di Malaysia, apatah lagi tiada siapa menjangkakan bintang Thailand itu akan tampil menyanyi pada acara tersebut. Kemunculan Phuwin di atas pentas dengan dua buah lagu itu sekaligus menjadi kejutan manis buat para peminat yang hadir.
Selepas persembahan, Phuwin turut meluangkan masa untuk berinteraksi bersama peminat menerusi beberapa aktiviti di atas pentas. Beberapa peminat bertuah turut dipilih untuk bermain permainan bersama Phuwin, memberikan mereka peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan bintang kesayangan mereka.
View this post on Instagram
Antara momen yang mencuri perhatian ialah ketika Phuwin belajar beberapa frasa dalam Bahasa Melayu daripada hos. Antaranya termasuk “Jom lepak mamak” dan “Gempak weh”, sebelum hos mencabar Phuwin untuk menyebut “Malaysia, gempak weh.”
Phuwin turut diminta menyebut “Comelnya” dengan gaya yang comel. Aksinya yang bersahaja, ceria dan penuh tenaga itu mengundang sorakan kuat daripada peminat.
Momen-momen spontan seperti ini menjadikan sesi tersebut lebih santai dan menghiburkan, selain memberikan peminat peluang untuk melihat sisi Phuwin yang lebih bersahaja di luar persembahannya.
Kenali Phuwin Di Sebalik Acara

Selain berinteraksi bersama peminat, Phuwin turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan daripada pihak media yang menyentuh tentang minatnya, personaliti serta perancangannya untuk bulan-bulan akan datang.
Antara soalan yang diajukan termasuk apa yang ingin diterokainya sekiranya mempunyai sehari masa lapang di Malaysia, produk penjagaan kulit yang paling menggambarkan personalitinya serta tiga produk MizuMi yang akan dibawanya ketika melancong.
Phuwin turut berkongsi sedikit mengenai perkara yang boleh dinantikan peminat daripadanya dalam beberapa bulan akan datang.
View this post on Instagram
Phuwin turut berkongsi tentang rutin penjagaan kulitnya dan bagaimana produk MizuMi menjadi sebahagian daripada rutin tersebut.
Teknologi Yang Membantu Kenali Keadaan Kulit
Salah satu aktiviti yang boleh dicuba pengunjung ialah AI Skin Analysis, yang memberikan gambaran lebih terperinci mengenai keadaan kulit dan cadangan produk berdasarkan keperluan individu.
Menariknya, sistem ini tersedia dalam tiga bahasa — Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris — menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengunjung dengan latar belakang berbeza.
Pendekatan ini memberikan cadangan yang lebih diperibadikan berbanding sekadar mencuba produk secara biasa.
Ruang Untuk Meneroka Produk
Pengunjung turut berpeluang meneroka dan mencuba seleksi produk MizuMi yang diketengahkan sepanjang acara, termasuk rangkaian mask, sunscreen dan body serum.
Sebagai jenama yang dikenali sebagai No. 1 Thai sunscreen, MizuMi turut mengetengahkan rangkaian perlindungan matahari sebagai antara fokus utama acara, selain memperkenalkan pilihan penjagaan kulit lain kepada pengunjung.
Antara produk yang turut mendapat perhatian ialah MizuMi UV Bright Body Serum SPF50+ PA++++, yang menawarkan perlindungan matahari untuk penjagaan kulit badan.
Kehadiran MizuMi dalam acara ini turut memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengenali rangkaian produknya dengan lebih dekat, selain mencuba sendiri produk yang sesuai dengan keperluan penjagaan kulit harian.
Apabila Produk Bertemu Pengalaman

MizuMi First Glow with Phuwin bukan sekadar memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit, tetapi turut mewujudkan ruang untuk pengunjung menikmati aktiviti interaktif dan hiburan dalam suasana yang lebih santai.
Kehadiran Phuwin khususnya memberikan warna tersendiri kepada acara ini, apabila peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya, malah berpeluang menikmati momen spontan dan interaksi secara dekat.
Buat Phuwin dan para peminat yang hadir, momen-momen tersebut pastinya menjadi pengalaman manis yang akan dikenang, menjadikan MizuMi First Glow with Phuwin lebih daripada sekadar sebuah acara penjagaan kulit.
KMania ingin mengucapkan terima kasih kepada MizuMi kerana menjemput kami untuk menghadiri MizuMi First Glow with Phuwin.


