Penceritaan yang unik drama terbaru Netflix “The School Nurse Files” bakal memikat perhatian penonton

Siri original Netflix yang akan datang “The School Nurse Files” melancarkan poster baru yang menakjubkan dan memaparkan Ahn Eun-young (Jung Yu-mi) dan Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk) berdiri berdampingan dengan latar matahari terbenam di Seoul. Paus dan ubur-ubur yang melayang di sekitar dua watak utama bukanlah haiwan sebenar, tetapi jeli yang hanya dapat dilihat oleh Ahn Eun-young.

Jeli, yang diciptakan tanpa disedari oleh makhluk hidup, adalah sisa keinginan mereka. Walaupun kebanyakannya tidak berbahaya, jeli ini boleh menyebabkan kerosakan besar apabila tercemar. Ahn Eun-young telah mengabdikan hidupnya untuk mengusir mereka menggunakan keistimewaan yang dimilikinya.

Apa yang menarik perhatian adalah imej Ahn Eun-young dan Hong In-pyo berpegangan tangan lebih jelas dengan latar belakang dongeng seperti jeli berwarna-warni yang memenuhi langit Seoul. Penampilan Eun-young sangat menarik apabila mengenakan gaun jururawat sekolahnya, sambil memegang pedang berwarna pelangi dan mempunyai ekspresi serius persis seorang pejuang wanita. Guru Kesusasteraan Cina Klasik Hong In-pyo telah menemui keistimewaan barunya apabila berpotensi mengembalikan semangat Eun-young dengan tenaga positifnya.

Siri ini menyampaikan kisah novel yang menyegarkan dengan kesan visual yang inovatif. Ahn Eun-young akan mengalahkan jeli dan Hong In-pyo pula membekalkan kuasa untuk kekal bertenaga. membuat dia terus meningkat. Ahn Eun-young, yang menjalani kehidupan sendirian dalam pertempuran menghapuskan jeli-jeli tanpa diketahui oleh orang lain, dan Hong In-pyo, yang mengalami kecacatan kaki telah membuatnya menjauhkan diri dari orang lain, akhirnya bersatu serta saling melengkapi antara satu sama lain. Jung Yu-mi dan Nam Joo-hyuk berjaya mewujudkan keserasian sepanjang pengambaran ini dengan menyerlahkan peranan masing-masing dengan cemerlang.

Baca juga : 6 seleksi drama terbaru Korea yang akan bersiaran sepanjang September 2020

Pencipta karya ini merangkap penulis skrip Chung Se-rang dan pengarah Lee Kyoung-mi, telah bergabung dalam menghasilkan “The School Nurse Files”. Siri ini adalah adaptasi dari novel ‘School Nurse Ahn Eun-young’ , yang telah memenangi Hadiah Novel Changbi 2013 dan Anugerah Sastera Hankook Ilbo 2017. Setelah menerima penghargaan seumpama itu, Chung Se-rang kelihatan gembira dan bersemangat dalam proses penghasilan siri ini yang berdasarkan novel popularnya. Berkaitan novel asal Chung Se-rang yang menghangatkan hati, dia menjelaskan, “Saya ingin menulis cerita mengenai orang dewasa yang baik hati yang ingin melindungi mereka yang tidak berdaya tanpa mengharapkan balasan apa-apa.” Dia yang turut menyumbang idea disamping pengarah  Lee Kyoung-mi turut menyatakan, “Pakar dapat menerangkan dan menambah baik cerita ini dengan mempersembahkan dalam bentuk video yang sangat indah.”

Pengarah Lee Kyoung-mi juga menjelaskan lebih banyak tentang “perjalanan kisah seorang pejuang wanita yang belajar menerima kekuatannya.” Dia belajar untuk menerima dirinya walaupun berbeza dan akhirnya menjadi seorang pahlawan yang akan menghapuskan pencemaran jeli-jeli. Lee Kyoung-mi berkata, “Saya ingin berkongsi kehangatan kepada semua orang yang kesepian di mana-mana melalui dunia baru ini di mana Ahn Eun-young dan Hong In-pyo dipertemukan dalam keadaan yang tidak sempurna.”

Ikuti kisah unik yang tidak pernah dilihat sebelumnya menerusi tayangan perdana” The School Nurse Files” pada 25 September, hanya di Netflix. Jom saksikan teasernya

loading...