SEVENTEEN kunjungi ke I-LAND dengan membawa misi tugasan ke-3 untuk para peserta

Nampaknya kali ini giliran kumpulan SEVENTEEN pula yang akan berkunjung ke I-LAND. Mereka juga bertindak sebagai mentor bagi tugasan yang berikutnya.

Menerusi preview diakhir rancangan I-LAND minggu lepas, para peserta tampak terkejut dan teruja dengan kehadiran Hoshi, Jun, The8, dan Dino. Keempat-empat ahli SEVENTEEN itu juga sempat melihat fasiliti yang disediakan di I-LAND.

Untuk tugasan ketiga, mereka akan dibahagikan kepada dua unit. Mereka akan mempersembahkan dua buah lagu dari kumpulan SEVENTEEN iaitu “Chamber 5 (Dream of Dreams)” dengan konsep yang menyegarkan dan “Flame On” yang berkonsepkan ‘explosive’. Para peserta turut dimaklumkan bahawa mereka haruslah membuat persediaan persembahan yang bersesuaian dengan setiap konsep.

Turut dipertontonkan dalam preview terbabit apabila sekumpulan peserta melakukan koreografi lagu “Pretty U”. Kelihatan Hoshi juga turut sama menyertai peserta I-LAND menari lagu tersebut.

Saat penting bagi episode ke-4, bahagian ke-2 I-LAND adalah proses penyingkiran. Untuk tugasan ‘chemistry test’, penyingkiran bergantung sepenuhnya kepada undian peminat global. Bagaimanapun, jika individu berkenaan dipilih pihak produser sebagai yang terbaik, dia akan terselamat. Nam Goong Min selaku pencerita telah mengumumkan bahawa Jake dari unit lagu ‘Flicker’ telah dipilih produser sebagai peserta terbaik. Jake mendapat keistimewaan apabila undian keatasnya pada 24 jam berikut (sehingga undian ditutup pada 11.59 KST 29 Ogos) akan digandakan sebanyak dua kiraan bagi setiap undi. Kedudukan terbaru para peserta akan diumumkan pada malam ini jam 11 malam KST. (untuk siaran tvN Asia pada Sabtu, 5 September jam 6 petang)

Penulis juga tidak sabar untuk menyaksikan tugasan ketiga mereka dan mengetahui kedudukan terkini peserta berdasarkan undian global. Namun, antara 11 peserta yang tinggal siapakah pula yang akan menamatkan persaingannya? Sama-sama kita nantikannya.

Jom tonton sedutan episode terbaru ini

loading...