[Gempar] Kejayaan BTS berterusan dorong kerajaan Korea untuk pinda undang-undang kemasukan tentera

Image may contain: 7 people, people sitting and indoor, text that says '길열린다 당·정, 조만간 '병역법 개정안' 발'

Kerajaan Korea akan meminda undang-undang kemasukan tentera bagi melonggarkan kewajipan menjalani khidmat negara yang diperuntukkan ke atas lelaki warganegara Korea sebelum usia mereka mencecah 30 tahun.

Menurut Newsdesk MBC, kerajaan Korea di bawah naungan parti Demokratik bercadang meminda undang-undang kemasukan tentera untuk membolehkan penangguhan kemasukan dibuat ke atas artis Kpop. Ketika ini, pelonggaran itu dibolehkan kepada mereka yang sedang belajar ke program pascasiswazah, mereka yang perlu menyelesaikan kursus latihan serta atlet kebangsaan yang sangat berjaya di persada dunia. Bagaimanapun untuk sebab pertama, undang-undang masih membenarkan mana-mana pelajar universiti melambatkan penyertaan ke dalam khidmat ketenteraan sehingga berusia 24 tahun sahaja. Oleh sebab itu, mana-mana lelaki Korea yang lahir pada tahun 1992 seyogianya dikerahkan ke latihan ketenteraan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2020 termasuklah Kim Seok Jin, ahli tertua daripada BTS.

Pindaan undang-undang terbaru itu nanti akan mengkhususkan mana-mana artis seni yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dan pernah menerima anugerah daripada pihak kerajaan lalu melayakkan dirinya untuk penangguhan. Walaubagaimanapun, kerajaan tidak sesekali merancang untuk menghapuskan kewajipan melunaskan khidmat ketenteraan, sekaligus memadamkan cakap-cakap yang mengatakan selebriti Korea diberikan keistimewaan penuh.

Keputusan itu diambil barangkali mengenangkan pencapaian BTS yang akan terhenti untuk sekian lamanya selepas beberapa tahun sebaik saja Kim Seok Jin terpaksa menjalani latihan khidmat ketenteraan dengan segera di kala usianya yang semakin mencecah 28 tahun pada awal Disember ini. BTS yang baru saja memperolehi kedudukan no.1 di dalam carta Billboard Hot 100 mendesak keperluan untuk menyaksikan kumpulan itu bergiat aktif bagi mempromosikan album terbaru mereka sehingga awal tahun hadapan. Malah, kejayaan BTS itu turut disambut oleh Presiden Korea, Moon Jae In.

Sumber: imbc

loading...