“Moon” Kim Seok Jin BTS dahului lagu Kpop terbaik daripada 75 lagu kumpulan boybands terbaik sepanjang zaman, menurut Rolling Stone

Image may contain: 16 people
Dari atas kiri: Jin BTS, The Jackson 5, Backstreet Boys, NSYNC

Lagu solo dendangan Kim Seok Jin untuk album “Map of The Soul: 7” oleh BTS, diangkat sebagai lagu kpop terbaik pernah dikeluarkan oleh mana-mana kumpulan boy bands terkemuka sepanjang zaman.

Lagu berjudul “Moon” tersebut menduduki di tangga ke-5 dalam senarai 75 lagu terbaik oleh kumpulan boy bands berpengaruh untuk sepanjang zaman, menurut majalah Rolling Stone. “Moon” turut mendahului lagu-lagu daripada kumpulan BTS yang juga berjaya menduduki senarai itu iaitu, “Spring Days” di kedudukan no. 19, “Euphoria” di kedudukan no.34 dan “Fake Love” di kedudukan no. 56. Lagu-lagu kpop lain yang turut tersenarai ialah “Sherlock” oleh SHINEE pada kedudukan no.14, “Fantastic Baby” oleh BIGBANG pada kedudukan no.31, “Mirotic” oleh TVXQ/DBSK pada kedudukan no.39, “I Know” oleh SeoTaiji The Boys pada kedudukan no.43 serta  “The Chaser” oleh INFINITE pada kedudukan no.55 .

Dari atas kiri: BTS, SHINEE, BIGBANG dan INFINITE.
Dari kiri: Jin BTS, Seotaiji The Boys

Mengulas tentang kehebatan lagu “Moon”, Rolling Stone berkata lagu cinta yang didedikasikan buat peminat itu menyimpulkan segala pencapaian BTS membuatkan mereka bertambah mekar di persada dunia.

Rolling Stone menamakan “I Want You Back” daripada kumpulan The Jackson 5 di tempat pertama untuk lagu terbaik boy bands sepanjang zaman, diikuti oleh “Bye Bye Bye” oleh NSYNC, “Candy Girl” oleh New Edition dan “I Want It That Way” oleh Backstreet Boys.

Umum diketahui, Rolling Stone diakui di atas kredibilitinya dalam mengangkat lagu-lagu terbaik yang agak sukar dipertikaikan dan penyenaraian olehnya adalah sesuatu yang seharusnya dibanggakan.

1. The Jackson 5 – I Want You Back
2. N Sync – Bye Bye Bye
3. New Edition – Candy Girl
4. Backstreet Boys – I Want It That Way
5. BTS – Moon
6. One Direction – What Makes You Beautiful
7. Aventura – Obsesión
8. New Kids on the Block – You Got It (The Right Stuff)
9. Hanson – MMMBop
10. LFO – Summer Girls

Seterusnya, baki 65 lagu lagi boleh dilihat di sini.

loading...