Jungkook BTS, selebriti Kpop yang paling mahu dilihat netizen memakai payung ketika hujan turun membasahi bumi

Image may contain: 5 people, outdoor

Jungkook BTS mendapat undian tertinggi dalam senarai selebriti-selebriti Kpop yang mahu dilihat oleh netizen mengenakan payung ketika hujan sedang turun.

Jungkook memperolehi undian sebanyak 20,919 (31%) mengatasi pencabarnya terdekat iaitu JHope sebanyak 14086 undian, yang berada di tempat kedua. Undian ini dibuat bermula 20 Julai 2020 sehingga 26 Julai 2020 semalam. Jungkook yang dilihat serasi mengenakan payung ketika dalam beberapa konsert jelajah BTS, membuatkan peminat sepakat menjulang namanya sebagai pemilik gelaran berkenaan.

Baca lagi: Bagaikan drama korea, seorang netizen dakwa dipayungi Hanbin (B.I.) selepas dilihat menangis dalam hujan

Turut berada dalam senarai mengikut turutan tempat ketiga dan seterusnya ialah Kim Jae-hwan (6619 undian), Lee Daehwi AB6IX (4995 undian), Kim Yo-han WEI (4863 undian) dan lain-lain.

Sumber: star news

loading...