Adakah Selena Gomez rakan duet Blackpink seterusnya?

Image may contain: 5 people, people standing and shoes

Selena Gomez dilaporkan bakal menjadi rakan duet Blackpink seterusnya selepas Lady Gaga, menurut satu laporan didedahkan oleh My Daily.

Lagu duet tersebut yang akan menjadi single kedua mereka menyusul ‘How You Like That’, dijadualkan pelancarannya menjelang Ogos ini dan kedua-dua single tersebut dimasukkan sebagai senarai lagu untuk album studio pertama mereka berjudul ‘Blackpink: The Album’ pada 2 Oktober 2020.

Mengulas pendedahan oleh portal MyDaily, YG memohon orang ramai supaya menunggu pengumuman lanjut daripada pihak mereka.

Sumber: My Daily

loading...