Tak sanggup lihat isteri & anak terabai keseorangan, Sung Joon tekad kembali menjadi abah yang mithali buat mereka

Image may contain: 1 person, text

Sung Joon dilaporkan telah kembali ke rumahnya semula selepas selesai menjalani khidmat negara pada hari ini.

Pada 18 Disember 2018, Sung Joon menyertai latihan barisan ke-2 regimen askar ( 2nd Infantry Division of the Nodosin Training Squadron) yang bertempat di Gangwon-do sebelum ditukarkan kepada pengkhususan pengkhidmatan sepenuhnya pada Februari lalu bagi menghabiskan saki-baki perkhidmatannya di dalam latihan ketenteraan. Keputusan itu diambil setelah risau memikirkan keadaan isteri dan anaknya yang hidup tanpa dirinya dalam satu pengumuman mengejutkan, untuk membolehkannya lebih mudah berhubung dengan mereka sepanjang menjalani perkhidmatan.

Sung Joon memohon maaf di hadapan peminatnya kerana tidak memaklumkan berita perkahwinan mereka lebih awal berikutan majlis perkahwinan yang tidak sempat diadakan walaupun pernah mendaftarkannya sebaik saja dia menjalani khidmat negara. Sung Joon juga tekad untuk kembali menjadi ayah yang mithali buat kedua-dua isteri dan anaknya.

Sung Joon yang dikenali menerusi drama-drama seperti SBS Lie To Me, SBS High Society dan jtbc Madame Antoine , memulakan kerjayanya sebagai model sebelum menjadi pelakon sepenuh masa bermula tahun 2011.

Sumber: OSEN

loading...