Yeo Hoe Hyun, Kim Yo Han, So Ju Yeon setuju digandingkan untuk adaptasi terbaru drama China popular, ‘A Love So Beautiful’

Image may contain: 5 people

Yeo Hoe Hyun, Kim Yo Han dan So Ju Yeon bersetuju untuk berlakon di dalam drama terbaru adaptasi dari China, ‘A Love So Beautiful’ dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak produksi drama itu pada hari ini.

‘A Love So Beautiful’ ialah sebuah drama romantik China yang agak popular dan pernah disiarkan menerusi Tencent Video, berkisarkan tentang cinta terjalin antara dua orang rakan sekelas yang pernah tinggal sejiran di rumah apartment sama sejak 19 tahun lalu. Kim Yo Han dikatakan akan memegang watak utama yang pernah diperuntukkan kepada pelakon Hu Yetian (Hu Yitian), yakni pelajar sekolah yang amat dikenali kerana ketampanannya selain pencapaian akademik yang sangat baik tetapi tidak banyak berkawan kerana masih lagi tidak boleh menerima hakikat kehilangan ayah ketika masih budak lagi manakala So Ju Yeon pula akan membawakan watak utama pernah diberikan kepada pelakon Shen Yue (Chen Xiaoxi), yakni seorang gadis yang agak ceria tetapi tidak minat belajar mungkin kerana malas.

Dalam olahan versi Korea nanti, Kim Yo Han memegang watak Cha Heon, pelajar sekolah menengah tinggi Chun Ji yang memiliki pakej ketampanan di samping kepandaian yang maksima, tetapi kelihatan kaget dalam mengekspresikan dirinya sendiri. Kim Yo Han sebelum ini pernah menerima tawaran lakonan di dalam drama KBS School 2020 tetapi terpaksa melupakan hasratnya itu selepas pihak produksi memutuskan untuk menguburkan terus drama berkenaan. Penyanyi itu kini sedang berusaha untuk ‘debut’ semula di dalam kumpulan kpop terbaru, WEI.

So Ju Yeon pula memegang watak Shin Sol Yi, gadis berusia 17 tahun yang hidupnya penuh dengan keceriaan terjatuh hati kepada Cha Heon yang merupakan rakan sebayanya di dalam kelas. Sol Yi kerap kali meluahkan perasaan cintanya pada Cha Heon, namun usahanya belum pernah lagi berhasil. Menjejaki resume lakonan So Ju Yeon, beliau pernah membintangi drama SBS Romantic Doctor Teacher Kim 2, bergandingan bersama Kim Min Jae.

Terakhir sekali, Yeo Hoe Hyun yang dikenali menerusi jtbc Mirror of The Witch dan TV Chosun Leverage, akan membawakan watak atlet perenang bernama Woo Dae Sung yang terjatuh hati kepada Shin Sol Yi sehingga akan membuat apa saja untuk melindungi gadis yang disukainya itu.  Woo Dae Sung ialah olahan semula kepada watak Wu Bosong di dalam versi asal.

Drama ini akan diolahkan dalam bentuk drama web bersiri dengan 20 minit diperuntukkan bagi setiap episod. Ia bakal diterbitkan oleh Kakao M dalam platform yang disediakan oleh aplikasi digital tersebut.

Sumber: star in

loading...