[Gempar] Baru saja seminggu keluar album ‘comeback’ terbaru, 1The9 (Wonder 9) terpaksa dibubarkan

Image may contain: 9 people, people sitting

1the9 dilaporkan akan terbubar sepenuhnya pada 8 Ogos 2020 nanti.

Berdasarkan sumber terdekat, pembubaran tersebut difahamkan kerana kewangan syarikat yang terbatas akibat penularan wabak Covid-19 mengakibatkan syarikat tidak mampu lagi menanggung bebanan mengendalikan kumpulan itu saat ketika 1the9 baru saja mengeluarkan album terbaru mereka, ‘Turn Over’ pada 16 Julai 2020.

View this post on Instagram

1The9 atau lebih dikenali sebagai 'Wonder 9' (bukan Wonder Girl ya~) akan mengeluarkan album ketiga menjelang hari esok, berjudul 'Turn Over', meraikan kembalinya mereka di dalam industri kpop semula sejak debut pada April 2019 lagi menerusi program survival, Under 19. Album ini menampilkan Bad Guy sebagai single utama, menjadi taruhan terbaru 1the9 untuk Wonderland. Salah seorang ahli kumpulan ini, Jung Taek Hyun @th728 merupakan pelakon kanak-kanak sejak kecil lagi, pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti tvN Black Dog, MBC Mom & KBS Good Doctor. #1the9 #wonder9 #wonderland #wonderlandmalaysia #jeondoyum #kimtaewoo #shinyechan #jungtaekhyeon #yooyongha #parksungwon #leeseunghwan #kimjunseo

A post shared by KMania (@kmania.my) on

Menurut sumber itu lagi, Pokdol Doll Studio yang menguruskan Wonder 9 cuba memanjangkan tempoh kontrak setiap ahli kumpulan itu selama sebulan bagi membolehkan mereka mengeluarkan album mini ketiga tersebut. ‘Turn Over’ dengan Bad Guy dijadikan sebagai single utama, meraikan kembalinya mereka di dalam industri kpop semula sejak debut pada April 2019 lagi menerusi program survival, Under 19.  Walaupun prestasi allbum ‘Turn Over’ yang memperolehi jualan 21,000 unit dalam seminggu (menurut Hanteo) adalah lebih baik daripada sebelumnya, namun ia tidak cukup menjadi alasan buat pihak pengurusan untuk mengekalkan kumpulan tersebut.

Salah seorang ahli kumpulan ini, Jung Taek Hyun @th728 merupakan pelakon kanak-kanak sejak kecil lagi, pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti tvN Black Dog, MBC Mom & KBS Good Doctor.

Sumber: joynews

loading...