11 pelatih bertuah Produce X 101 ini sudah pasti akan ‘debut’ dalam kumpulan kpop baru, X1

Berakhir sudah program realiti ‘survival’ Produce X 101 yang dihoskan oleh pelakon Lee Dong Wook ini. Penuh dengan debaran menantikan keputusan undian tadi. Apapun, kerja keras dan penat lelah mereka akhirnya terbayar bila diumumkan 11 finalis yang akan debut dengan projek X1. Mereka akan mempromosikan X1 ini selama lima tahun.

Pengacara Rancangan

Sebelum itu, berikut adalah gambar-gambar kenangan manis bersama 20 finalis terakhir sebelum mereka bersaing untuk merebut tempat terakhir malam tadi:

Sekarang, beralih pula kepada keputusan pemenang. Siapakah layak untuk ‘debut akhirnya?

 

Selepas kesemua mata dikira, undian penonton pula dibuka untuk penilaian akhir. Untuk makluman, pengiraan undian berdasarkan undian secara atas talian minggu lepas dan dicampur dengan undian secara langsung hari ini. Jumlah keseluruhan undian adalah sebanyak 14,988,884.

Baiklah, ini pula keputusan terkini……

11. (X) Lee Eun Sang (Brand New Music)

Lee Eun Sang terpilih pada saat-saat akhir daripada senarai empat orang yang tersingkir terus iaitu Kim Min Kyu, Lee Jin Hyuk dan Koo Jung Mo.

10. Kang Min Hee (Starship Entertainment) — 749,444 undian

9. Cha Jun Ho (Woollim Entertainment) — 756,939 undian

8. Nam Do Hyon (MBK Entertainment) — 764,433 undian

7. Lee Han Gyul (MBK Entertainment) — 794,411 undian

6. Son Dong Pyo (DSP Media) — 824,389 undian

5. Cho Seung Youn (Yuehua Entertainment) — 929,311 undian

4. Song Hyeong Jun (Starship Entertainment) — 1,049,222 undian

3. Han Seung Woo (Plan A Entertainment) — 1,079,200 undian

2. Kim Woo Seok (TOP Media) — 1,304,033 undian

1. Kim Yo Han (OUI Entertainment) — 1,334,011 undian

Kim Yo Han bakal diletakkan sebagai ‘center’ kumpulan X1 ini. Dan akhir sekali, ini dia persembahan terakhir dari kesemua peserta Produce X 101 yang mempersembahkan lagu tema rancangan ini.

X1 bakal menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan dua tahun setengah pertama untuk pembentukan projek secara berkumpulan, manakala selebihnya pula adalah untuk kegiatan promosi. CJ ENM dan Swing Entertainment diberikan hak penjagaan sepenuhnya ke atas X1.

Siaran tertunda episod terakhir Produce X 101 dapat disaksikan menerusi tvn Asia (Astro 395) pada jam 5 petang esok (20 Julai 2019) atau cenel 8tv pada jam 3 petang lusa (21 Julai 2019). Anda juga boleh nikmati ulangan video konsert di Joox.

loading...