Source Music mengesahkan GFriend tidak membuat penampilan di dalam MBC Show! Music Core sempena promosi album terbaru mereka, Song of The Sirens.
Tindakan yang sama pernah dibuat Seventeen setelah memutuskan untuk tidak membuat persembahan di MBC Show! Music Core rentetan daripada perbalahan yang dikatakan berlaku antara Big Hit dan pihak produksi MBC berhubung kejadian di 2018 MBC Gayo Daejejeon. Source Music, agensi yang bertanggungjawab menguruskan GFriend, kini di bawah pemilikan Big Hit setelah syarikat itu menjadi penyumbang saham terbesar.
Gfriend baru mengeluarkan single utama ‘Apple’ sebagai buah tangan terbaru daripada album Song of The Sirens. Song of The Sirens berjaya mencapai jualan sebanyak 39,778 unit menurut Hanteo, sejak sehari dilancarkan.
Sumber: money today