Tepuk kepala WooHyun INFINITE & gelar mukanya buruk, CEO Woolim Ent. dikecam kerana biadap

Image may contain: 2 people, closeup

Lee Jungyeop, CEO Woolim Entertainment dikecam peminat hari ini berikutan videonya memukul kepala Nam Woo Hyun INFINITE dan menggelarkannya buruk tertular dan menjadi perdebatan di ruang media sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika Woohyun keluar minum bersama rakan sekumpulannya, Kim Sungkyu dan CEO agensi mereka, Lee Jungyeop mendorong Woohyun untuk mengadakan sesi instagram secara langsung bagi merakamkan kenangan tersebut.

Bagaimanapun, Lee Jungyeop yang sedang dalam kemabukan secara tak semena-mena mencela rupa paras Woohyun. “Muka kamu ini sudah mencecah berat 80kg, jadi berhentilah,” kata Lee Jungyeop memulakan bicara. Woohyun cuba mententeramkan Lee Junghyeop berikutan mereka sedang diperhatikan oleh peminat manakala Sungkyu pula meminta Lee Junghyeop supaya berhati-hati kerana perlakuannya dikhuatiri membuatkannya kesal di kemudian hari.

Tidak berhenti di situ saja, Lee Jungyeop terus menepuk kepala Woohyun. Woohyun bagaimanapun cuba mengubah topik dengan berkata, “Korang nampak tak? Dia pukul aku macam ini. Dia pukul aku banyak kali.” Akhirnya, Lee Jungyeop menggelarkan mukanya buruk.

Sumber mendakwa hubungan INFINITE dengan CEO mereka agak rapat, maka adegan dipertontonkan tersebut mungkin boleh dianggap sebagai tindakan bergurau senda antara mereka. Meskipun begitu, sebahagian peminat tidak berpuas hati dan mahu Lee Jungyeop memohon maaf kepadanya kerana ‘penderaan’ dialami oleh Woohyun itu telah melebihi batasan sepatutnya. Sejurus dengan itu, Lee Jungyeop yang dihubungi memberikan kenyataan lanjut mengenai insiden tersebut dengan berkata, “Maaf di atas perbuatan kasar dan biadap saya tunjukkan di dalam video tertular itu. Saya sudah tengok kandungan video berkenaan dan telah pun memohon maaf kepada kedua-dua artis berikut (Woohyun & Sungkyu).”

Woohyun ialah vokalis utama INFINITE dan pernah menjadi model iklan di samping Junhyung BEAST dan Jiyeon T-ARA. Selain bergiat aktif sebagai ahli INFINITE, Woohyun pernah mengeluarkan album solo “Write..” dan juga menampilkan diri sebagai pelakon.

Sumber: sport chosun

loading...