Seventeen jadi mangsa perbalahan antara dua pihak? MBC Music Core nafi larang Seventeen untuk bertanding

Image may contain: 13 people, text

Berikutan pendedahan sebuah portal media yang mempersoalkan samada Seventeen juga ditegah daripada membuat persembahan di dalam MBC Music Core, pihak produksi hari ini tampil menafikan mereka pernah melarang kumpulan kpop itu untuk bertanding.

“Pihak kami bekerja kuat untuk mengundang mana-mana penyanyi daripada pelbagai latar belakang untuk bertanding supaya pentas ini lebih baik daripada program muzik lain. Malah, staf kami telah menghantar undangan tersebut kepada SEVENTEEN, dan kami berharap mereka muncul di dalam ‘music show’ kami,” kata jurucakap program muzik itu.

Bagaimanapun, Pledis Entertainment mengesahkan SEVENTEEN tidak akan membuat persembahan di MBC Music Core. menerusi kenyataan susulan kemudian.

Kontroversi ini timbul selepas beberapa kumpulan kpop termasuklah BTS, GFriend, dan TXT di bawah jagaan Big Hit Entertainment tidak menyertai jelajah promosi di Music Core sejak Mei tahun lepas lagi, rentetan daripada perbalahan yang dikatakan berlaku antara Big Hit dan pihak produksi MBC berhubung kejadian di 2018 MBC Gayo Daejejeon. Pledis Entertainment, agensi yang bertanggungjawab menguruskan NUEST dan SEVENTEEN, kini di bawah pemilikan Big Hit setelah syarikat itu menjadi penyumbang saham terbesar..

SEVENTEEN dijangka akan mengeluarkan album mini ke-7, Heng:garæ pada 22 Jun ini pada jam 5 petang waktu Malaysia. Album Heng:garæ telah pun mencatatkan pembelian awal melebihi 1.06 juta unit, satu pencapaian sangat hebat sekaligus meletakkan kumpulan kpop itu hanya di belakang EXO dan BTS bagi penjualan album terbanyak pada masa kini.

Sumber: nocutnews, sport khan, kumparan

loading...