BTS & GFriend kini sah berada dalam satu agensi bersama, Big Hit Entertainment

Big Hit Entertainment mengesahkan bahawa syarikat itu telah pun bergabung sepenuhnya dengan Source Music Entertainment.

“Kami sudah capai persetujuan untuk menggabungkan Source Music dengan Big Hit dengan Big Hit sebagai ibu syarikat. Walaubagaimananapun, Source Music masih menguruskan dan  menentukan langkah terbaik buat artis mereka sendiri,” kata jurucakap agensi Big Hit.

Tambahan lagi, Big Hit Entertainment mengambil langkah berkenaan untuk mengembangkan syarikat mereka dengan bergabung dengan syarikat-syarikat kecil yang sedia ada.

Dalam pada itu, persetujuan itu turut menyaksikan CEO Bang Shin Hyuk dan CEO Seo Sung Jin masing-masing mengeluarkan kenyataan bagi melahirkan rasa teruja mereka terhadap peristiwa bersejarah itu.

“Ini peluang untuk kami melakukan perubahan. Saya akan bayar balik kepada peminat dengan bekerjasama sepenuhnya di bawah Big Hit Entertainment,” kata Seo Sung Jin.

“Big Hit dan Source Music mempunyai prinsip sama dalam menguruskan artis masing-masing. Kami jangkakan pakatan ini berjaya dan ternyata berlaku. Saya begitu terharu,” kata Bang Shin Yuk.

Separuh ahli GFriend pernah menjalani latihan di bawah Big Hit sebelum mereka ‘debut’ di bawah agensi mereka, Source Music.

Sumber : news1

loading...