BTS dahului 5 artis kpop paling laris jualan albumnya di dalam seminggu untuk pertengahan tahun 2020

Image may contain: 37 people

BTS secara rasmi telah mendahului jualan album paling laris di dalam seminggu untuk pertengahan tahun 2020 ini , menurut data dikeluarkan Hanteo.

Berdasarkan perkiraan dibuat terhadap seluruh kumpulan kpop yang pernah mengeluarkan album pada pertengahan tahun 2020 (Jan-Jun 2020) ini, BTS memperolehi jualan 3,378,633 unit di dalam seminggu menerusi Map of The Soul : 7 sekaligus meletakkannya di hadapan lebih 3 kali ganda daripada pesaingnya yang terdekat, SEVENTEEN menerusi album terkini mereka, Henggarae.

SEVENTEEN yang berada di tempat ke-2 setakat ini berjaya memperolehi jualan sebanyak 895,230 unit di dalam tempoh empat hari saja daripada tarikh pelancarannya. Maka, album ini dijangka akan melepasi angka 1 juta unit di dalam seminggu tidak lama lagi, sekaligus bakal merekod sejarah sebagai kumpulan kpop kedua selepas BTS berjaya berbuat demikian untuk pencapaian terbaik sepanjang dua dekad.

IZ*One menjadi satu-satunya kumpulan kpop wanita yang paling tinggi jualan album menerusi OneIric Diary dengan 389,334 unit di dalam seminggu manakala Baekhyun pula menjadi satu-satunya artis solo yang tersenarai dan melakarkan rekod sedemikian.

Mari kita lihat senarai-senarainya di bawah:

1. BTS – Map of The Soul: 7  (3,378,633 unit)

2. SEVENTEEN  – Henggarae (895,230 unit – hari keempat*)

3. Baekhyun EXO – Delight (704,527 unit)

4. NCT DREAM – Reload (412,458 unit)

5. IZ*ONE (389,334 unit)

loading...