Cinta terputus di tengah jalan, Lee Joon & Jung So Min akhirnya berpisah selepas 3 tahun

Image may contain: 2 people, people smiling, child and closeup

Lee Joon dan Jung So Min akhirnya berpisah setelah tiga tahun menyulam kasih.

Berita perpisahan itu disahkan oleh kedua-dua agensi dalam kenyataan serentak pada pagi tadi. “Lee Joon dan Jung So Min baru berpisah, Lee Joon rancang untuk menemui peminat semula dengan projek terbaru,” kata jurucakap agensi PrainTPC. Begitu juga dengan agensi Blossom Entertainment bagi pihak Jung So Min sambil berkata, “Mereka memutuskan untuk jadi kawan.”

Menurut Dispatch, kesibukan atas kerjaya diri masing-masing menyebabkan mereka jarang keluar bersama-sama, akhirnya mereka memutuskan untuk menumpukan terus kepada kerjaya sendiri.

Lee Joon dan Jung So Min mula bercinta sejak Oktober 2017 ketika mereka membintangi drama KBS Father is Strange bersama-sama.

Sumber: dispatch

loading...