Cheon Sung Ho THE MAN BLK & Lee Se Jin disatukan sebagai pasangan kekasih untuk drama ‘yaoi’ seterusnya, ‘Mr. Heart’

Image may contain: 2 people

Cheon Sung Ho daripada kumpulan kpop, THE MAN BLACK bakal digandingkan dengan Lee Si Jin sebagai pasangan kekasih di dalam berkonsepkan yaoi, ‘Mr. Heart’ yakni sekuel kepada ‘Where Your Eyes Linger’.

‘Mr. Heart’ ialah sebuah drama berkisarkan kisah cinta antara dua orang atlet sukan. Lee Se Jin akan memegang watak sebagai atlet lumba lari bernama Sangha yang suka tersenyum dalam apa keadaan sekalipun manakala Cheon Sung Ho pula sebagai Jinwon, bakal atlet maraton yang mudah sensitif dari sudut emosi.

Kejayaan ‘Where Your Eyes Linger’, iaitu drama Korea berkonsepkan ‘yaoi’ pertama pernah dihasilkan di dalam sejarah, menyebabkan pihak produksi memutuskan untuk menerbitkan drama sekuel kepadanya. ‘Where Your Eyes Linger’ mendapat tontotan yang agak tinggi di serata dunia dengan Netflix sebagai penyiar rasminya.

Lee Si Jin yang dikenali sebagai bekas peserta Produce X 101, pernah membintangi beberapa buah drama seperti Neftlix Love Alarm dan tvN A Piece of Mind.

Sumber: newsis

loading...