Buat hal lagi, Seungri kantoi bercinta dengan dua wanita sekaligus dalam satu masa

Nampaknya bekas ahli Big Bang, Seungri terus mendapat perhatian kerana mencetuskan kontroversi walaupun selepas dibebaskan dari penjara. Perkara ini menarik minat rasa ingin tahu dan sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai.  Terbaharu, Seungri sekali lagi menjadi tumpuan ramai ekoran  konflik yang dilaporkan melibatkan dua wanita.

Pada 4 Oktober, Dispatch telah mendedahkan Seungri berhubungan dengan dua wanita berbeza pada masa yang sama semasa bercuti di Bali.

Dalam laporan eksklusif, Dispatch memperincikan cara Seungri membawa dua wanita ke Bali mengikut garis masa yang diperhalusi untuk memastikan jadual mereka tidak bertindih. Dispatch pertama kali berkongsi perbualan antara Seungri dan “Miss B” mengenai “Miss A” pada 28 September.

Seungri: Dating… Saya tak tahu macam mana nak definisikan dating… [mengeluh]…

B: Awak telah menyebabkan orang itu berfikir bahawa dia ada hubungan dengan awak. Awak hanya permainkan perasaan dan memperbodohkan dia.

Seungri: Saya tidak pernah ajak dia keluar, walaupun…

B: Haa, kan, dia fikir awak bagi alasan untuk dia anggap awak teman lelaki dia.

Seungri: Tapi saya— Okay, saya akan bercakap dengan dia.

B: Adakah dengan cara ini awak uruskan semua hubungan awak?

Seungri: Ala, awak tahukan. Kali terakhir saya menjalinkan hubungan, ia adalah satu hubungan dalam jangka masa yang panjang.

B: Awak suka ambil mudah dan pandang ringan terhadap semua wanita kah?

Berikutan perbualan ini, Miss B tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dikatakan kepada Seungri. Dia mengemas begnya, menuju ke lapangan terbang, dan kembali ke Korea.

Terperangkap

Seungri gagal melepaskan diri dengan berlaku curang. Fantasinya untuk bercinta dengan ramai wanita di Bali gagal apabila dia tertangkap.

Penginapan untuk “Miss A” (kiri) dan “Miss B” (kanan).

Dia merancang perjalanan dengan begitu teliti. Miss A akan datang ke Bali dan pergi sebelum Miss B tiba. Jadi, tarikh perjalanan mereka tidak akan bertindih dan tidak akan terserempak antara satu sama lain. Namun, Miss A dan B mempunyai jadual perjalanan dan rancangan yang sama. Mereka berkongsi tempat penginapan, restoran dan kafe di tepi laut yang sama. Dengan cara beginilah Miss berjaya B menangkap kecurangan dan berhadapan dengan Seungri. Mungkin Seungri juga lupa bahawa Miss A dan Miss B saling mengenali dan mengikuti satu sama lain di Instagram.

Apabila saya melihat IG Story A, saya curiga dengan apa yang saya lihat. Foto restoran dan kafe yang disiarkan adalah tempat yang saya pergi bersama Seungri juga.

Ia adalah tempat yang sama. Penginapan, restoran, pemandangan tepi laut, kafe… Semuanya adalah sama. Meremang bulu roma saya. Dia cuma menukar wanita itu dan mengulangi aktiviti yang sama. Adakah itu masuk akal?

– Miss B

Miss B menelefon Seungri untuk menuntut penjelasan. Pada masa yang sama, dia menghubungi Miss A juga, sekadar bertanya sama ada dia pergi ke Bali bersama Seungri.

Ya.

– Miss A

Permulaan percutian di Bali

Pada 1 September, Seungri dan Miss A secara rasmi mula bercinta. Pada hari inilah Seungri memberitahu rakan-rakan asingnya tentang permulaan hubungan barunya.

Saya dan A rasmi bercinta, mulai hari ini.

— Seungri

Pada hari yang sama, Seungri mencadangkan percutian mereka ke Bali dari 21-25 September. Selepas berfikir sebaiknya, Miss A bersetuju dan Seungri menempah penginapan serta penerbangan.

Dalam pada itu, Seungri dan Miss B telah lama menjalinkan hubungan dan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Pada 7 September, mereka bertemu kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun. Mereka akhirnya makan malam bersama. Seungri, salah seorang rakan warga asingnya, Miss A dan B menghadiri makan malam tersebut. Di sinilah permulaannya bilamana Miss A dan B mengikuti satu sama lain di Instagram.

Sejak makan malam itu, Seungri dan Miss B terus berhubung. Mereka saling menghantar mesej dengan kerap, walaupun ketika Seungri berada di luar negara. Seungri kemudian mencadangkan perjalanan ke Bali, dari 25-28 September.

Seungri: Awak nak balik ke?

B: Ya, hehe.

B: Saya rindu awak.

Seungri: [Gym Selfie]


Semasa memikat Miss B, Seungri juga turut terbuka hati dengan Miss A juga. Dia akan menghantar mesej kepada A semasa dalam panggilan dengan B. Dia akan membawa A keluar untuk makan tengah hari, kemudian mengajak B keluar untuk makan malam.

Kami berhubung semula selepas empat tahun. Ada sesuatu terjadi dalam hubungan kami satu masa dulu.  Tak lama selepas itu, dia berdepan dengan masalah dan kami terputus hubungan antara satu sama lain. Saya tahu dia pun dah ada kekasih masa itu,jadi, saya telah melupakan dia untuk seketika …

Namun, setelah kami bertemu kembali selepas beberapa ketika, saya mula menyimpan perasaan kepadanya sekali lagi.

Dia cakap dia dah tiada apa-apa hubungan lagi  dengan mana-mana wanita, waima bekas kekasihnya. Selepas itu, dia mencadangkan kami pergi ke Bali bersama-sama, mengatakan bahawa dia mahu memberi peluang kepada hubungan kami sekali lagi. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan itu pada masa itu.

– “B”

Tentatif lawatan Miss A ke Bali bersama Seungri adalah seperti berikut:

21 September: Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Gusti Ngurah Rai, Seungri untuk menjemput A

22 September: Bermain golf, clubbing

23 September: Kafe, menonton matahari terbenam di tepi laut, clubbing

24 September: Restoran Phở, pantai, clubbing

25 September: Bertolak pulang ke Korea

Setelah menghantar Miss A di balai berlepas lapangan terbang Bali, dia memandang ke arah langit dan melambai-lambaikan tangannya dengan gembira. Dia kemudian terus menuju ke balai ketibaan untuk menjemput Miss B.

Saya rasa sangat malu apabila Miss B menghubungi saya. Setiap bahagian jadual perjalanan kami semuanya sama. Hanya perempuan itu yang berubah.

Semua perhentian saya sama dengan B. Restoran yang sama, menu yang sama. Dia cadangkan sandwich yang saya suka kepada B. Gambar-gambar dengan latar belakang matahari terbenam… Semuanya sama.

Gambar padang golf? Saya mengambil gambar itu pada 22 September. Seungri menghantarnya kepada B mengatakan dia berada di sana dengan kenalan perniagaan dan dia sangat letih.

– Miss A

Gambar yang diberikan oleh Miss A menunjukkan Seungri di padang golf.

Akhirnya, Miss B memberikan satu ulasan terakhir kepada Dispatch.

Saya mengesahkan bahawa Seungri telah menduakan saya dan kemudian terus berlalu pergi. Seungri pergi ke kelab pada keesokan harinya, 29 September. Dia tidak pernah memikirkan tindakannya. Dia tidak akan pernah berubah.

– Miss B

Tangkapan skrin perbualan Miss A & B

A: Saya rasa nak muntah!

B: [Gambar Seungri di dalam bilik hotel]

B: Dia datang, saya sedang bercakap dengannya sekarang.

B: Awak nak buat apa, unnie?

B: Awak tahu tak dia jemput saya di lapangan terbang lepas hantar awak?

Miss B juga berkongsi mesej yang dihantarnya kepada Seungri, berikutan kecurangannya terbongkar.

B: Awak sepaturnya minta maaf dengan saya, dan itupun saya rasa tak cukup. Sebaliknya, awak tipu saya dari awal hingga akhir, dan memperlakukan saya seolah-olah saya seorang yang bodoh.

B: Ia nya wow… saya tidak layak diperlakukan seperti ini. Saya telah menjadi seorang yang bekerja keras sepanjang hidup saya. Awak membuatkan saya gila.

B:  Awak tak pernah belajar apa-apa dari kesilapan lampau kan?

B: Orang cakap, mereka yang ada tabiat buruk tidak akan pernah berhenti.

Seungri: Saya seikhlas hati minta maaf.

B: Semua alasan awak hanyalah pembohongan.

B: Dari awal hingga akhir.

B: Mungkin ada lebih ramai mangsa di luar sana, ya? Awak faham tak apa yang awak dah buat terhadap dua wanita?

B: Saya semakin menggigil. Saya tidak pernah marah seperti ini.

B: Awak tidak memikirkan orang di sekeliling awak, ya? Tak guna.

Seungri, yang membuat debut muziknya dengan Big Bang pada 2006, bersara pada 2019, berikutan pendedahannya sebagai pemegang kepentingan utama kelab malam yang penuh kontroversi, Burning Sun. Pelbagai dakwaan, termasuk aktiviti berkaitan dadah, kesalahan seksual, bersekongkol dengan pendakwaan, pengelakan cukai, dan serangan menyebabkan dia terkeluar dari dunia hiburan.

Selepas itu, pada Januari 2020, Seungri didakwa dengan sejumlah sembilan kesalahan, termasuk meminta dan pengantaraan pelacuran, melanggar undang-undang hukuman keganasan seksual, dan penyelewengan. Dia dijatuhkan hukuman penjara setahun tetapi hanya menjalani enam bulan penjara sebelum dibebaskan pada Februari 2021.

Sejak dibebaskan, Seungri kembali mendapat perhatian apabila dia dilihat menikmati Grand Prix Singapura 2023 bersama bintang Taiwan yang menghadapi sekatan kerana tuduhan dadah. Dia juga dilihat di pelbagai kelab, sekaligus memberi laporan spekulatif yang berterusan.

Kontroversi dengan dua wanita baru-baru ini mendorongnya kembali fokus dan seterusnya mencemarkan lagi imej awamnya, menimbulkan persoalan tentang keseluruhan kelakuannya setelah dibebaskan dari penjara. Kehidupan selepas dibebaskan jelas penuh dengan kontroversi, dan tindakannya terus mengundang perdebatan mengenai karakter dan perbuatannya yang lalu.

Sumber : 1 |

loading...