Masa yang ditunggu kian tiba, Kim Yo Han beri dukungan penuh buat Kim Woo Seok untuk ‘comeback’ solo terbaru

Kim Yo Han menyatakan sokongan secara terbuka buat ‘comeback’ solo pertama daripada Kim Yoo Seok, yakni bekas rakan seperjuangannya di dalam kumpulan kpop X1 yang telah terbubar, menerusi satu hantaran di dalam instagramnya sebentar tadi.

“Akhirnya, album solo rakan kita ini, ‘Greed’ akan keluar tak lama lagi ~~ Saya sudah dengar sedikit. Betul sangat sedap dan lagu-lagunya pun indah belaka. Jom dengar lagi banyak-banyak,” tulisnya dalam kapsyen disertakan di bawah gambar ‘teaser’ single berkenaan. Kim Yo Han dan Kim Woo Seok masing-masing telah dinobatkan sebagai juara dan naib juara Produce X 101, menjadikan mereka dua daripada 11 orang bekas pelatih yang diberi peluang bernaung di bawah X1.

Bagaimanapun, X1 terpaksa dibubarkan selepas lima bulan beroperasi berikutan tekanan daripada kes mahkamah membabitkan manipulasi undian oleh Mnet. Sejak daripada itu, Kim Yo Han lebih aktif bergiat di dalam program-program hiburan seperti KBS Battle of the Musicians manakala Kim Woo Seok kembali semula kepada UP10tion, malah telah bersiap-siaga untuk berkerjaya secara solo.

Album ‘1st Desire [Greed]’ ini boleh didapati di dalam pasaran mulai 25 Mei 2020 dengan lagu berjudul ‘Red Moon’ dijadikan sebagai single utama.

Sumber: xsportnews

loading...