TOP Big Bang dilaporkan sedang dilamun cinta dengan pelakon Kim Ga Bin, menurut media Sina

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun, disyaki sedang dilamun cinta dengan Kim Ga Bin yang merupakan pelakon program realiti ‘Love Cather’ musim ke-2 menurut media berpaksikan China, Sina.

Gosip tersebut tercetus selepas beberapa gambar dimuatnaik oleh Kim Ga Bin menerusi instagramnya memaparkan aksi intim antara mereka sebelum dipadamkan kemudiannya. Malah, beberapa gambar tersebut juga diperhatikan mempunyai persamaan dari segi lokasi dan baju tidur yang dipakai masing-masing dengan gambar yang dimuatnaik oleh T.O.P.

Sehubungan dengan itu, YG terpanggil untuk memberikan kenyataan balas mengenaninya. “Kami tidak dapat mengesahkan hubungan peribadi artis jagaan kami. Kami mahu anda memahaminya,” kata jurucakap agensi itu.

T.O.P kini lebih banyak meluangkan masa melakukan kerja-kerja seni setelah mengaku tidak lagi bersemangat untuk membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo mahupun sebagai ahli Big Bang kerana kecewa dengan sikap bermuka-muka rakyat Korea manakala Kim Ga Bin pun sedang mengorak langkah untuk bergelar pelakon sepenuh masa selepas menandatangani dengan agensi SM C&C.

loading...