Baekhyun EXO hampir pasti cipta rekod solo terlaris dalam seminggu untuk sepanjang zaman di Korea, malah hanya di belakang BTS utk album terlaris tahun 2020

Baekhyun EXO sememangnya hampir pasti bakal melakar rekod solo terbaik di dalam seminggu untuk sepanjang zaman di Korea menerusi album solo ke-2, ‘Delight’, sekaligus memecahkan rekod yang pernah disandang oleh Kang Daniel. menerusi album solo sulung, ‘Color on Me’.

Menurut Hanteo yang mengumpulkan data perolehan album secara tak rasmi, album ‘Delight’ setakat ini telah memperoleh jualan sebanyak 626,729 unit sehari dengan sejumlah besar datangnya daripada pembelian awal sebanyak 600,908 unit. Data ini tidak termasuk lima hari mendatang yang akan dihitung bagi menentukan jumlah sebenar jualan album yang diraih oleh penyanyi itu di dalam seminggu secara rasmi.

Dengan kutipan melepasi setengah juta unit setakat ini, album ‘Delight’ telah pun melakar rekod solo terbaik di Korea untuk tahun 2020 selain hanya di belakang BTS saja dalam mencatat jualan album kedua terlaris untuk 2020.

Album ‘Delight’ mengandungi tujuh buah lagu : “Candy”, “R U Ridin’?”, “Bungee”,”Underwater”,”Poppin'”, “Ghost” dan “Love Again”. Lagu berentakkan R&B moden kerana obsesinya terhadap gula-gula, iaitu ‘Candy’ dijadikan sebagai single utama.

Sumber: Hanteo

loading...