[Gempar] X1 akhirnya terbubar setelah hanya sempat 5 bulan mengecapi populariti

Wakil agensi masing-masing telah mengeluarkan kenyataan bersama hari ini, secara sepakat bercerai dengan setiap ahli jagaan agensi mereka akan memulakan hidup baru.

Kenyataan itu dikeluarkan secara ringkas menerusi jurucakap CJ&EM lalu berkata, “Hi. Ini Play M Entertainment, Yuehua Entertainment, T.O.P. Media, OUI Entertainment, MBK Entertainment, Woollim Entertainment, DSP Media, Starship Entertainment dan Brandnew Music. Setelah berunding dan berbincang sesama sendiri, kami sepakat untuk tidak meneruskan aktiviti X1 lagi. Maka dengan ini, X1 dibubarkan serta-merta.”

Pertama kali ‘debut’ pada bulan Ogos menerusi album sulung, ‘Emergency : Quantum Leap’ walaupun sedang berhadapan kontroversi manipulasi undian oleh produser rancangan tv Produce X 101, X1 berjaya mencatat kutipan album agak tinggi melebihi 600,000 unit dengan tiga minggu kejuaraan di carta album Gaon, seterusnya menjadikan mereka kumpulan kpop ketiga dengan catatan album terlaris untuk tahun 2019 selepas Seventeen dan BTS. Walaubagaimanapun, X1 gagal diberi peluang untuk beraksi di pentas-pentas terkemuka anugerah muzik akhir tahun selepas asyik berhadapan dengan tekanan berhubung kontroversi manipulasi undian tersebut dan hal ini menjadi sebab menyukarkan X1 untuk kembali semula dengan nafas yang baru.

Sumber: mydaily

loading...