GOT7 tundukkan Solar Mamamoo, duo Hangyul & Dohyon (H&D) dan lain-lain raih jualan album terlaris pada minggu ini

GOT7 sekali lagi membuktikan kemampuan untuk merangkul jualan album terlaris sewaktu minggu pertama pelancaran album terbaru, tetap disandang oleh mereka.

Album ‘Dye‎’ keluaran GOT7 berjaya memperolehi jualan sebanyak 281,791 unit, mengatasi pencapaian pernah dibuat menerusi album mereka sebelumnya, ‘Call My Name’ iaitu sebanyak 224,459 unit dalam seminggu menurut Hanteo. Dengan perolehan sebanyak itu, GOT7 menundukkan Solar Mamamoo, duo Hangyul & Dohyon (bekas ahli X1 – H&D), CRAVITY dan Suho EXO bagi memperolehi jualan album terbaik di dalam seminggu, sekaligus memastikan kedudukan tempat pertama di dalam carta album Gaon tetap dipegang oleh mereka selama lebih 12 kali berturut-turut.

Album ‘Dye‎’ yang merupakan album mini ke-11 GOT7, mengandungi 10 buah lagu dengan ‘Not By The Moon’ dijadikan sebagai single utama. ‘Not By The Moon’ mengandungi naratif, “Jangan bersumpah di bawah sinaran rembulan” sebagai mesej yang untuk disampaikan.

loading...