“Super M” formula terbaru SM Entertainment untuk menyuntik variasi muzik baru K-Pop dan jengah pasaran global

SM Entertainment telah mengesahkan rancangan mereka untuk program debut kumpulan lelaki baru yang terdiri daripada ahli kumpulan SHINee, EXO, dan NCT.

Pada 7 Ogos, Industri muzik Amerika dan Korea telah membuat satu langkah besar di Los Angeles apabila mengumumkan ‘super-group boy band’  yang meggelarkan diri mereka “The Avengers of K-pop.” Capitol Music Group dan independent label sevice nya Caroline, mengumumkan kerjasama dan persetujuan mereka untuk Super M, sebuah kumpulan baru yang ditubuhkan di bawah label kuasa besar muzik Korea Selatan, SM Entertainment.

Super M terdiri daripada Taemin SHINee, Baekhyun dan Kai EXO, Taeyong, Mark, Ten dan Lucas NCT. Kumpulan ini akan  membuat debut mereka di Amerika pada bulan Oktober depan. Untuk pengetahuan Ten dan Lucas juga merupakan ahli kumpulan WayV, salah satu sub-unit NCT yang fokus kepada pasaraan China. Capitol dan Caroline akan terlibat dalam menyediakan aktiviti pemasaran, promosi dan kempen publisiti yang komprehensif sebagai tanda sokongan terhadap Super M.

“Kami telah mengumpulkan 7 artis yang berbakat untuk menjayakan muzik yang berbeza dan bertemakan “We Are The Future”. Super M akan menunjukkan kepada anda ‘core values’ dunia K-Pop dengan persembahan muzik, fesyen, dan video. Kesemuanya dalam skala yang sama sekali berbeza, di mana setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam aspek tarian, lontaran suara, dan teknik rap. Super M akan membuat debut rasmi mereka di Amerika Syarikat pada Oktober ini dan kumpulan tersebut akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada promosi di luar negara, ” kata Lee Soo Man CEO SM Entertainment.

Bagaimanapun, agensi  SME masih lagi belum menyatakan sama ada Super M akan turut menjalani promosi di Korea.

NCT turut menghadiri Capitol Congress di LA. 4 ahlinya Taeyong, Mark, Ten & Lucas merupakan sebahagian Super M

Apapun, suatu percubaan yang sangat segar dalam proses untuk mengebangkan lagi pasaran muzik K-Pop secara global dan memvariasikan style muzik K-Pop. Penulis juga tidak sabar untuk menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh Super M yang pastinya akan berbeza dari dunia K-Pop sedia ada.

Sumber : spotvnews | Forbes | JustJared

loading...