Yang Se Jong akan menjalani khidmat ketenteraan bermula Mei depan

Yang Se Jong yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 2016 ini, akan menjalani latihan ketenteraan bermula Mei depan.

Menurut jurucakap agensinya, Good People seperti yang dipetik, “Yang Se Jong akan menyertai latihan ketenteraan pada 12 Mei 2020.” Program khidmat ketenteraan ini akan berlangsung selama sekurang-kurangnya setahun setengah.

Yang Se Jong, pelakon yang sinonim sebagai anak emas SBS itu, membintangi beberapa drama popular, antaranya SBS Romantic Doctor, Teacher Kim dan SBS Temperature Love gandingan serasi bersama dengan Seo Hyun Jin. Kali terakhir drama lakonannya sebagai pelakon utama adalah menerusi jtbc My Country dan beliau pernah membuat cameo sekejap di dalam SBS Romantic Doctor, Teacher Kim musim ke-2.

Sumber: IS Plus

loading...