Wonho abaikan Monsta X mungkin untuk selama-lamanya, kini lebih rela jadi artis solo di bawah agensi baru

Wonho membuat kejutan pada hari apabila menandatangani kontrak baru bersama Highline dan mengabaikan kontrak sementara bersama Starship Entertainment, sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan kembali semula ke Monsta X.

Wonho pernah terbabit di dalam kontroversi penghisapan ganja pada tahun lepas menyebabkan beliau memutuskan untuk keluar daripada Monsta X sebelum namanya dibersihkan oleh pihak polis kemudiannya. Kata Wonho menerusi agensi barunya, “Saya tengah bermusahabah di atas tindakan bodoh dan tak bertanggungjawab pernah saya lakukan pada masa silam.”

Highline turut memberi jaminan akan menyokong kerjaya Wonho sebagai artis solo baru di masa akan datang. Antara artis di bawah jagaan agensi itu termasuklah DJ Soda dan PLUMA.

Sumber: donga

loading...