Yoon Doo Joon akhirnya tamat khidmat tentera dan akan adakan ‘comeback’ menerusi V Live malam ini

Tarikh 10 April pasti suatu saat yang menggembirakan buat ketua kumpulan Highlight, Yoon Doo Joon dan para peminatnya. Doo Joon akan menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 10 April. Dia memulakan khidmat tentera pada 24 Ogos dan merupakan ahli pertama kumpulan Highlight yang berbuat demikian. Doo Joon telah ditempatkan di 12th Infantry Division dan berkhidmat sebagai pegawai polis tentera serta telah mendapat promosi awal untuk  dinaikkan pangkat kepada korporal.

Menerusi satu muatnaik di akaun rasmi Instagram agensi Highlight (highlight_auent), mereka menyatakan bahawa Yoon Doo Joon akan mengadakan sesi Q&A secara langsung bersama peminat di Vlive. Doo Joon juga mungkin akan berkongsi pengalaman dan perasaannya selama menjalani khidmat tentera. Penulis pasti ramai peminat tidak akan melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Doo Joon meskipun di medium yang berbeza memandangkan Korea Selatan tidak terkecuali dilanda wabak Covid-19.

Doo Joon telah diberikan cuti terakhir daripada perkhidmatannya pada 14 Mac lepas. Menurut bahagian pentadbiran ketenteraan, sewaktu Korea Selatan dilanda pandemik Covid-19, mana-mana tentera yang telah diberikan percutian terakhir sebelum tarikh pelepasan rasmi mereka, tidak dikehendaki kembali ke pangkalan tentera untuk proses rasmi selanjutnya.

Sesi VLive bersama Captain Yoon Doo Joon akan berlangsung pada 10 April, jam 7 malam KST (jam 8 malam waktu Malaysia) di VLIVE: https://www.vlive.tv/video/184207 . Peminat juga boleh saksikan Doo Joon menerusi Youtube https://youtu.be/8sZ7McBEAK4

Penulis tidak sabar menantikan perkembangan terbaru tentang Yoon Doo Joon dan perancangannya dalam masa terdekat. Penulis juga menantikan cerita-cerita lucu dari pengalaman perkhidmatannya.

Ahli yang lain akan menamatkan perkhidmatan tentera masing-masing seperti berikut Yoseob (30 Ogos), Kikwang (18 November), dan Dongwoon pada 8 Disember.

Jangan lupa temujanji kita malam ini ya.

loading...