Tragedi menyatukan cinta di dalam jtbc Just Between The Lovers

Drama sedih dan memilukan jarang dinikmati oleh peminat kdrama disebabkan jalan cerita yang agak sadis dan pastinya meruntun kalbu. Tidak ketinggalan juga untuk drama jtbc Just Between The Lovers yang sedang ditayangkan, ia berkisarkan tentang dua orang yang berhadapan dengan tragedi pada masa lalu sehingga hampir meragut nyawa mereka, bertemu pertama kali dan cuba menyembuhkan luka di hati. Mungkin kedengaran agak klise, tetapi drama ini wajar ditonton untuk peminat kdrama yang sukakan genre melodramatik!

Jika anda pernah saksikan drama korea KBS Bad Love misalnya, perkongsian derita bersama-sama membawa kepada percintaan baru kerana mereka mahu melupakan kepahitan akibat dikhianati cinta dulu . Begitu juga buat drama jtbc Just Between The Lovers, mereka sama-sama terbabit  dalam kemalangan teruk yang membuatkan diri mereka mengalami kemurungan bertahun-tahun. Tetapi atas dasar kefahaman yang sama, mereka memilih untuk berkongsi penderitaan dialami sehingga tak menyedari rupanya terdetik rasa cinta antara mereka.

Lee Gang Doo (Lee Joo Ho) terpaksa mengabaikan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak setelah menyaksikan sendiri ayahnya maut dalam kemalangan yang turut menyebabkan kaki cacat. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia menjumpai wanita yang turut sama menderitai akibat tragedi yang menimpa dirinya. Ha Moon Soo (Won Jin A) pula berasa salah seumur hidup kerana dia menyangka dirinya penyebab kematian adiknya di dalam kemalangan maut. Walaupun terselamat, Ha Moon Soo mengalami kemurungan bertahun-tahun sehingga dia menemui Gang Doo.

Dalam episod baru-baru ini, Kang Doo terpaksa meninggalkan Moon Soo setelah Moon Soo masih tak mampu menerima hakikat dia telah mengingati semula kejadian kemalangan yang meragut  jiwa adiknya setelah hilang ingatan tentangnya bertahun-tahun. Kang Doo cuba meredakan hatinya dengan takdir, apa yang tersurat sebaiknya diusahakan. Kang Doo akan kembali semula untuk ‘memujuk’ Moon Soo bagi melupakan penderitaan itu. Berjayakah Kang Doo meyakinkan Moon Soo untuk terus hidup?

 jtbc Just Between The Lovers ditulis oleh Yoo Bo Ra, salah seorang duo yang memenangi Best Screenplay 2nd CARI Kdrama Awards melalui penulisan penuh melodramatik di dalam KBS Secret Love. Ia diarahkan oleh pengarah Kim Jin Won yang juga terkenal dengan drama melo sebelum ini, yakni KBS Nice Guy.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama ini yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa menerusi cenel jtbc.

https://www.youtube.com/watch?v=p9-GfNv6gRM

https://www.youtube.com/watch?v=p9-GfNv6gRM

https://www.youtube.com/watch?v=lri_Rqj0deY

Sumber: news.1

loading...