[Gempar] Wonho tinggalkan Monsta X serta-merta

Selepas terpalit dengan isu hutang dan tuduhan masuk ke dalam pusat serenti, akhirnya Wonho mengambil keputusan untuk meninggalkan Monsta X serta-merta.

Pada 31 Oktober 2019 hari ini, Starship Entertainment membuat kenyataan bersejarah itu di laman twitter rasmi mereka dengan mengumumkan Wonho mahu meninggalkan Monsta X sendiri kerana tak mahu merosakkan reputasi Monsta X dengan kontroversi buruknya. Ini menjadikan Wonho, mangsa kedua selepas Hanbin yang terpaksa dikeluarkan daripada kumpulan kpop yang dianggotainya berikutan pendedahan bertalu-talu dibuat oleh Han Seo Hee dengan sokongan kekasih sejenisnya, Jung Da Eun.

Walaupun Wonho cuba menafikan dia pernah berhutang dengan Jung Da Eun semalam, namun pendedahan lanjut dibuat oleh Jung Da Eun kemudian dengan mempamerkan keratan mesej antaranya dengan peguam Starship Entertainment menunjukkan sebaliknya.

Sumber: Twitter rasmi Starship

loading...