Jongup B.A.P tetap turun padang mengundi sempena pra-pilihanraya umum di sebalik gesaan untuk menjarakkan diri

Jongup B.A.P mengesahkan dirinya sudah keluar mengundi sempena pra-pilihanraya umum diadakan pada hari ini.

Dalam satu kenyataannya menerusi instagram, Jongup berkata, “Sudah mengundi. Tiada undi, Tiada masa depan.” Beliau dilihat mengenakan bennie dan topeng muka berwarna hitam di sebalik gesaan untuk menjarakkan diri daripada orang lain kerana pandemik Covid-19.

Jongup ‘debut’ sebagai ahli kumpulan BAP pada tahun 2012, dan kini lebih aktif membiasakan dirinya dengan kerjaya lakonan teater selepas BAP terbubar secara rasmi. Beliau kerap berinteraksi bersama peminatnya, MOONW4LK melalui cabang V Live kendaliannya.

Sumber: herald pop

loading...