Mengidam gelaran ‘rookie’ kpop yang terbaik, TOO akhirnya ‘debut’ setelah diperam hampir setengah tahun

Kumpulan TOO ‘debut’ dengan impian yang menggunung.

TOO mengadakan persembahan ‘showcase’ buat pertama kali setelah melancarkan album sulung mereka, ‘Reason for Being’ semalam. Disebabkan pandemik Covid-19, persembahan showcase terpaksa dilaksanakan tanpa hadirin dan disiarkan secara langsung menerusi platfom Youtube. TOO mempersembahkan lagu single utama, Magnolia, sebuah lagu tarian yang menggabungkan  muzik trap dan Europop diselangi dengan adat ketimuran. Masakan keahlian mereka di dalam TOO (“Ten Oriented Orchestra”) juga membawa maksud tersendiri berdasarkan elemen-elemen diterangkan di dalam falsafah China. Contohnya, Min Su diwakili dengan warna kuning, elemen bumi serta tunjuk arah di tengah-tengah.

Nama Nilai sejati Elemen Tunjuk Arah Warna
Jae Yun Keadilan Logam Barat      Putih
Chi Hoon Kasih sejagat Kayu Timur      Biru
Dong Geon Kepercayaan Bumi Tengah     Kuning
Chan Budi bahasa Api Selatan      Merah
Ji Su Nombor Air Utara      Hitam
Min Su Belas ihsan Bumi Tengah    Kuning
J.You Kemurahan hati Kayu Timur    Biru
Kyung Ho Kebaikan Api Selatan Merah
Jerome Kehidupan Logam Barat      White
Woong Gi Bijaksana Air Utara       Hitam

TOO ditubuhkan menerusi rancangan realiti tv ‘TO BE THE WORLD KLASS’ pada Oktober 2019. Namun selepas enam bulan, barulah mereka berpeluang untuk ‘debut’ tambahan lagi ketika terpaksa berhadapan dengan wabak Covid-19 tengah memuncak di Korea.

Bercakap di depan ‘penonton’ secara langsung, TOO mengidamkan gelaran ‘rookie’ terbaik untuk tahun 2020 ini, Persaingan TOO dengan beberapa buah kumpulan kpop baru termasuklah MYst bakal menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penggemar muzik kpop.

Mampukah TOO menggondolkan gelaran ‘rookie’ terbaik? Sama-sama kita nantikan. TOO juga dijangka akan menyertai ‘Road to Kingdom’, ‘Queendom’ versi lelaki serentak dengan rangka jelajah ‘debut’ mereka.

Sumber: ytn, gambar dikreditkan pada sumber

loading...