20 pelatih daripada pebagai negara ini bersaing untuk ‘debut’ dengan kumpulan Too di dalam Mnet World Klass

Mnet akan menerbitkan rancangan ‘survival’ baru, ‘World Klass’ menampilkan dua puluh orang pelatih daripada pelbagai negara termasuklah Korea Selatan, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Australia bersaing merebut tempat sebagai finalis yang akan ‘debut’ sebagai kumpulan kpop baru, dinamakan sebagai Too (“Ten Oriented Orchestra”).

‘World Klass’ yang mungkin agak mirip dengan rancangan Mnet sebelumnya, Produce X101, dijangka akan mempamerkan pelatih-pelatih baru ini menunjukkan kemahiran mereka di dalam nyanyian, tarian, lakonan serta bergurau senda.Walaupun Mnet dihimpit dengan kontroversi melibatkan campur tangan mereka ke atas undian akhir di dalam ‘Produce X101’ dan ‘Idol Schools’, program ini tetap diteruskan.

Pengarah produksi Jo Hyo Jin berkata ia telah dijenamakan sebagai program ujibakat secara langsung yang akan memfokuskan pada pembangunan kumpulan berbanding mereka bersaing sesama sendiri. Untuk membina kesepakatan antara mereka, setiap pelatih tidak akan disingkirkan sehingga episod akhir, untuk membolehkan mereka berusaha menonjolkan keunikan masing-masing.

‘World Klass’ akan disiarkan pada jam 11.00 pm KST (10.00 pm waktu Malaysia), hari Jumaat menerusi Naver V live

Sumber: naver news, koreaherald

loading...