MYst, kumpulan kpop terbaru yang terpaksa ‘debut’ ketika Covid-19 tengah memuncak di Korea

Industri kpop tidak akan sunyi dengan kehadiran kumpulan-kumpulan kpop baru bak cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap tahun, puluhan kumpulan baru akan ditubuhkan demi memastikan kelangsungan hallyu selain menggalakkan persaingan di dalam pasaran muzik tempatan dan memperbanyakkan bakat baru. Namun, perancangan untuk melancarkan kumpulan terbaru lagi terpaksa ditangguhkan oleh kebanyakan agensi ekoran penularan wabak virus corona, Covid-19 yang tengah memuncak di Korea dan seluruh dunia sekarang.

Myst atau MY.st, merupakan kumpulan baru di bawah naungan MY Entertainment, dan dijadualkan pelancarannya pada 26 Mac 2020 hari ini. Perancangan mereka tidak dianjakkan, sebaliknya tetap juga berlangsung seperti yang ditetapkan.

Gambar dikreditkan pada sport chosun.

Setelah persembahan ‘showcase’ yang pertama kali dibuat di Ilji Art Hall, Gangnam, Seoul semalam, rata-rata terpesona dengan keindahan vokal dan tarian mereka. “Kami ialah kumpulan kpop berdasarkan persembahan, maka kami akan tunjukkan pelbagai warna-warni bukan satu saja warna ,” kata MYst di hadapan hadirin yang menyaksikan persembahan mereka.

MY.st dianggotai oleh seorang bekas pelatih daripada ‘Produce 101’ musim ke-2 iaitu Jung Won Cheol, serta seorang lagi daripada Mnet Boy 24, iaitu Lee Woo Jin. Tiga ahli yang lain pula ialah Lee Min Ho, Kim Jun Tae dan Kim Gun Woo. Mereka disaring daripada ujibakat yang dikendalikan oleh agensi itu tak lama dulu dan terlebih dahulu melancarkan aktiviti mereka di Jepun.

Album mini’ The GLOW; Eden’ akan dilancarkan bermula jam 5 petang waktu Malaysia hari ini, dengan ‘Don’t Know’ yang digarap sendiri oleh Lee Woo Jin telah dijadikan sebagai single utama.

Sumber: yonhap news, mydaily

loading...